Hi! Welcome Back and Stay Tune! MARA INC MUKTAMADKAN PENJUALAN HARTANAH 333 EXHIBITION STREET DI MELBOURNE - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

MARA INC MUKTAMADKAN PENJUALAN HARTANAH 333 EXHIBITION STREET DI MELBOURNE

MARA Incorporated Sdn. Bhd. (MARA Inc.) memuktamadkan penjualan hartanah 333 Exhibition Street di Melbourne, Australia pada harga AUD37.5 juta (RM118,034,566.03).

MARA Inc. dalam satu kenyataan berkata hartanah tersebut diperoleh pada 2013 melalui pemilikan 100 peratus pegangan saham Carlton Garden Pte Ltd pada harga AUD31.0 juta (RM97,575,241.25).

“Ini merupakan penjualan hartanah kedua MARA Inc. di Australia dan urusan penjualan 333 Exhibition dikendalikan oleh Jones Lang Lasalle (VIC) Pty Limited (JLL), firma ejen hartanah terkenal di Melbourne.

“Bangunan 333 Exhibition ini berkeluasan 6,528 meter persegi merangkumi enam tingkat ruang pejabat. Kesemua ruang pejabat pada waktu ini telah disewakan kepada Universiti Melbourne. Bangunan ini diuruskan oleh JLL, salah satu firma pengurus bangunan terkemuka di Melbourne,” demikian menurut kenyataan itu.

MARA Inc. telah memuktamadkan penjualan hartanah ini pada Disember 2017 sebagai langkah menyahut saranan kerajaan dalam menggalakkan syarikat tempatan menjana pendapatan daripada pelaburan di luar negara untuk dilaburkan dalam projek tempatan yang secara tidak langsung boleh menyumbang kepada perkembangan ekonomi negara.

– Bernama

.



✍ Sumber Pautan : ☕ Malaysia Chronicle

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2BUNiLA

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.