Asus Zenfone 3 Max Mula Menerima Kemaskini ZenUI 4.0
Asus ketika pengenalan telefon pintar Zenfone 4 tempoh hari telah sedia menjanjikan kemaskini ZenUI 4.0 untuk para pengguna peranti keluarga Zenfone 4 – dimana ia menyertakan pelbagai ciri-ciri baru bersama dengannya, termasuk kemaskini pada antaramuka.
Terkini, berkongsi mengenainya, Asus mengumumkan yang mana kini kemaskini ZenUI 4.0 telah mula ditawarkan untuk pengguna Zenfone 3 Max.
ZenUI 4.0 menyertakan sejumlah ciri-ciri baru, termasuk perubahan pada antaramuka sistem operasi yang lebih kemas, tiada penyertaan aplikasi gendut, dan sokongan galeri yang ditambah dengan kebolehan kecerdasan buatan.
Bagi anda yang menggunakan Asus Zenfone 3 Max, boleh menyemak kemaskini secara manual dengan ke laman Settings > About > System Update.
✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2BxHavW
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment