Hi! Welcome Back and Stay Tune! 'Najib Bakal Penyelamat Baitulmaqdis Dari Rumpun Melayu' - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

'Najib Bakal Penyelamat Baitulmaqdis Dari Rumpun Melayu'



Sekitar era 90an dulu mungkin terlalu sukar untuk kita nampak ajakan dari seorang bergelar PM untuk sertai himpunan anti Israel.

Tapi PM Datuk Sri Najib Razak bukan saja berani untuk tampil ke himpunan tersebut, malah lebih 'gentle' menjemput semua rakyat untuk turun juga.

Walaupun baru saja sampai ke tanah air setelah seminggu berada di luar negara, namun badan yang letih itu tidak dihiraukannya. Yang penting semangat membara untuk membela Baitulmaqdis adalah menjadi kekuatan buat Najib.

Oleh sebab itulah Najib telah menjadi pemimpin negara pertama yang mahu turun padang bersama-sama rakyat bagi menyatakan hasrat umat Islam dan bukan Islam di Malaysia terhadap isu Baitulmaqdis.

Walaupun yang mahu didesak ini adalah sahabatnya sendiri iaitu Donald Trump, namun ia bukan penghalang buat Najib.

Bagi Najib kesucian agama Islam dan martabat kemanusiaan melebihi dari segala-galanya. Tidak kira kau siapa, jika arahan Allah dilanggarnya maka Najib berani untuk menjadi khalifah melawan mereka.

“Ayuh, sama-sama kita hadir tunjukkan sokongan dan kesepaduan kita umat Islam menentang usaha jadikan Baitulmuqaddis ibu negara Israel!” katanya dalam akaun peribadi Facebooknya semalam. Ia tanda bahawa beliau amat serius dan bukan main-main.

Menariknya, kira-kira 250 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan beberapa parti politik telah memberi komitmen bagi menjayakan perhimpunan tersebut bersama-sama Najib.

Perhimpunan tersebut akan dimulakan dengan forum khas sebelum Solat Jumaat melibatkan Duta Palestin ke Malaysia, Datuk Dr. Anwar H. Al Agha serta tokoh-tokoh politik tempatan.

Yang pasti ia akan menjadi sejarah baharu buat negara kita, malah buat negara-negara Islam seluruh dunia. Tidak mustahil Malaysia akan menjadi perintis kepada perjuangan 'berani mati' ini. - KAKI PALU

✍ Sumber Pautan : ☕ KAKI PALU

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2D1NXKH

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.