Hi! Welcome Back and Stay Tune! Harga Jualan Samsung Galaxy A8 (2018) Mungkin Bermula Dari RM 1900 Sebuah - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Harga Jualan Samsung Galaxy A8 (2018) Mungkin Bermula Dari RM 1900 Sebuah

Samsung Galaxy A8 (2018) dan Galaxy A8+ (2018) telah diumumkan minggu ini secara mengejut. Kewujudannya telah didengari sejak dua bulan kebelakangan ini. Dengan Galaxy A8, Samsung akhirnya melancarkan peranti nirbingkai kelas pertengahan dengan dwi-kamera swafoto pertama mereka. Yang menjadi misteri ialah harga jualannya.

Peranti ini telah dilancarkan di Vietnam semalam dan kini kita boleh mengagak harga jualannya di Malaysia kelak. Di Vietnam Galaxy A8 (2018) dijual pada harga 10,990,000 VND (~RM 1973) manakala A8+ pula dijual pada harga 13,490,000 VND (~RM 2422) sebuah. Tahun lalu Galaxy A5 2017 yang mempunyai saiz fizikal setanding dengan A8 dijual pada harga RM 1699. Galaxy A7 (2017) yang setanding dengan A8+ (2018) pula dijual pada harga RM 1899.

harga jualan di Vietnam ialah tolok perbandingan paling sesuai digunakan kerana kita berada di rantau yang sama. Di Eropah terdapat laporan harga jualan Galaxy A8 (2018) ialah Euro 499 (~RM 2418). Pengumuman harga jualan di Malaysia hanya akan diketahui apabila kedua-dua peranti dilancarkan secara rasmi Januari hadapan.

Baca Pandang Pertama Samsung Galaxy A8 (2018)



✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2p7s0HP

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.