Hi! Welcome Back and Stay Tune! TNB Dalam Perbincangan Bersama Telekom Malaysia Dan TIME Untuk Projek Jalur-Lebar - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

TNB Dalam Perbincangan Bersama Telekom Malaysia Dan TIME Untuk Projek Jalur-Lebar

Pada awal hari ini, kami telah melaporkan yang mana Tenaga Nasional telah mengambil-alih sebuah syarikat penyedia perkhidmatan internet, iaitu Setia Haruman. Selain daripadanya, kini TNB turut dilihat sedang dalam perbincangan bersama pihak Telekom Malaysia dan juga TIME dalam berkongsi infrastruktur jalur-lebar.

Tenaga Nasional terkenal untuk penyediaan elektrik di Malaysia, selain turut mempunyai pegangan pada syarikat Fibrecomm yang menggunakan rangkaian transmisi elektrik TNB untuk komunikasi fiber optik.

Dengan kelebihan infrastruktur TNB, ia membolehkan mereka menghubungkan rumah ke rumah, termasuk kawasan pedalaman ke rangkaian berkelajuan tinggi.

Melalui laporan The Edge, ia dikatakan TNB mempunyai infrastruktur fiber, tetapi ia masih tidak meliputi sepenuhnya buat masa ini. Memperluaskan projek ini sendiri oleh TNB akan memerlukan pelaburan yang tinggi – tetapi mereka boleh mengurangkan kos dengan bekerjasama dengan beberapa pihak.

TIME dotCom dan juga Telekom Malaysia dikatakan sebagai antara pihak yang TNB berbincang untuk tujuan berkenaan. Buat masa ini, ia tidak diketahui lagi bagaimanakah perancangan lanjut pihak TNB dalam penawaran perkhidmatan jalur-lebar kepada umum – atau berkemungkinan ia hanya sekadar memperkasakan infrastruktur jalur-lebar sahaja dibawah Pelan Fiber Seluruh Negara, tanpa menawarkan perkhidmatan terus kepada pengguna.

Apa pun, buat masa ini, syarikat yang ingin diambil-alih oleh TNB masih menawarkan perkhidmatan Cyberjaya Broadband kepada pengguna di kawasan sekitar Cyberjaya pada kelajuan mencapai 1Gbps.



✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2BISu50

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.