Berhati-Hati! Aplikasi Palsu PDRM Untuk Android Dengan Perisian Hasad Tersebar
MyCERT, salah satu badan yang memantau sekuriti perkomputeran di Malaysia kini telah mengeluarkan amaran berkaian sebuah aplikasi PDRM palsu yang tersebar, menyertakan perisian hasad (malware) bersama-sama dengannya.
Menurut MyCERT, fail APK untuk aplikasi PDRM palsu ini dihantar kepada pengguna selepas seorang yang berlakon sebagai pihak berkuasa membuat panggilan kepada pengguna – dan mengatakan pengguna terlibat dalam salah-laku berkaitan kewangan. Mereka seterusnya akan dihantar dengan pautan atau SMS yang meminta memuat-turun aplikasi palsu PDRM ini.
Sebaik sahaja dipasang, aplikasi ini akan menggantikan aplikasi utama SMS anda, dan ia akan berjalan seperti aplikasi biasa yang lain. Ia seterusnya akan membaca SMS daripada pengguna – dan menurut MyCERT, mereka menyasarkan yang mana ia mungkin mampu membuat transaksi pemindahan wang daripada telefon anda, dan membaca nombor TAC untuk menyelesaikan transaksi berkenaan.
Seperti biasa, pengguna dinasihatkan untuk tidak memasang sebarang aplikasi dalam bentuk APK pada telefon pintar. Anda dinasihatkan untuk hanya memasang aplikasi daripada Google Play Store sahaja – dan menyemak terlebih dahulu penerbitnya sebelum memasang pada telefon pintar anda.
Baca : Amaran MyCERT Untuk Aplikasi PDRM Palsu
✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2kVKE08
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment