Hi! Welcome Back and Stay Tune! Pembina Permua iOS Diminta Menyatakan Kebarangkalian Menerima Barangan Dalam Kotak Tikam - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Pembina Permua iOS Diminta Menyatakan Kebarangkalian Menerima Barangan Dalam Kotak Tikam

“Loot boxes”, ataupun kotak tikam semakin menular didalam permainan komputer kebelakangan ini, dan asal-usulnya dapat dikesan kepada permua percuma yang hadir di peranti mudah-alih Android dan iOS.

Apple baru-baru ini mengemaskini garis panduan App Store mereka dimana para pembina permua yang menggunakan mikro-transaksi kotak tikam ini harus menyatakan kebarangkalian menerima barangan yang hadir didalam kotak tikam tersebut.

Kemaskini tersebut boleh dilihat di laman web pembina Apple, dibawah tajuk Payments, yang berbunyi:

Apps offering “loot boxes” or other mechanisms that provide randomized virtual items for purchase must disclose the odds of receiving each type of item to customers prior to purchase.

Ini bermakna semua pembina permua dengan sistem kotak tikam haruslah secara terang menunjukkan kebarangkalian mendapatkan barang yang khusus, untuk memastikan bahawa para pemain permua tidak ditipu oleh pembangun dan membazirkan wang untuk mendapatkan barang yang diingini..

Bagi pemain permua tegar, ini merupakan sebuah berita yang cukup baik sekali buat mereka kerana sekarang mereka boleh tahu kebarangkalian mendapatkan mana-mana barangan dari kotak tikam yang mereka beli.



✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2BNg3cY

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.