Hi! Welcome Back and Stay Tune! ‘Tak Ada Niat Mengaibkan Dan Menyinggung Perasaan’ – Hot FM Mohon Maaf - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

‘Tak Ada Niat Mengaibkan Dan Menyinggung Perasaan’ – Hot FM Mohon Maaf

Baru-baru ini tular dilaman sosial berkenaan panggilan hangit yang telah menyinggung hati pemanggilnya, dan rata-rata-rata netizen tidak bersetuju cara Hot FM mempermainkan perasaan Zairi.

Stesen radio berkenaan dikecam habis-habisan oleh netizen kerana dikatakan tidak sensitif dengan perasaan orang dan dianggap keterlaluan kerana mempermainkan misi jelajah basikal saudara Zairi Zainal.

Namun, Zairi di facebooknya meminta orang ramai supaya tidak terus mengecam dan beliau juga akan memberikan penjelasan dalam masa terdekat. Beliau secara peribadi memaafkan krew panggilan hangit stesen radio tersebut. Terbaru, Hot FM di twitter memohon maaf kepada saudara Zairi dan semua yang tersinggung.

Permohonan maaf Hot FM

Saya secara peribadi maafkan mereka – Zairi Zainal

Assalamualaikum semua.. Saya dgn rendah diri ingin mengajak sahabat2 semua utk berhenti kecam radio hot.fm .. Please.. nnt saya akan buat penjelasan.. lagipun DJ kt situ kawan2 saya juga.. Saya secara peribadi maafkan mereka.. Syuk, fizie dan kamal ada menghulurkan sumbangan peribadi pada saya disamping ada juga bertanya tentang keadaan saya (sebelum panggilan hangit on air dan mereka suruh rahsiakan).. So jgn kecam mereka.. itu sumber rezeki mereka kerja di hot.fm dan menghiburkan kita.. Lagipun secara jujurnya saya tak salahkan hot.fm atas apa yg berlaku.. for me diorang just nk tanggungjawab sosial melalui hiburan.. tp mungkin cara tu tak kena..

Ada pro and kontra bila panggilan hangit saya on air kt hot.fm.. Saya pun tak salahkan netizen dan kawan2 saya yg meluahkan pendapat dan perasaan setelah dengar panggilan hangit tu.. coz kita semua ada hak utk bersuara dalam negara ini. Saya bukanlah manusia yg baik. cuma saya harap jgnlah tuan dan puan menggunakan bahasa yg kurang sopan.. Kita semua manusia, masing2 tak pernah terlepas dari buat kesilapan.

Bayangkan jika hot.fm tak keluarkan panggilan hangit tu, tak ramai tau apa yg sedang di lakukan oleh saya. Saya anggap ini asbab membuka mata semua. Dan alhamdulillah, beratus panggilan saya terima dari semalam sehingga ke hari ini utk sponsor makan,penginapan dan mcm2 lagi dari seluruh negara.. (saya yg kacak dan tampan serta gagah ni menangis terharu gak semalam.. hahahaha) .. Saya ucapkan terima kasih pada yg ambil berat tentang saya.. hanya Allah je yg dpt balas kebaikan anda semua..

Yang mana ada buat sumbangan tu, insyaallah saya akan galas amanah tuan/puan dgn sebaik mungkin.. Doakan perjalanan saya selamat..

Buat masa ni saya masih lagi tengah recover melecet kt tempat sensitif dan sahabat yg cover saya iaitu Pett Mimalanders juga kurang sihat hari ni..

Dan last!! saya nk ucapkan terima kasih tak terhingga pada encik Faizul Rizal dari Dpeakoutdoorventure bertempat di puncak alam coz bagi saya pinjam basikal dan seluar utk berbasikal.. semoga bisnes anda maju tuan..

* Esok saya akan ke konti HOT.FM .. Insyaallah pada pagi esok akan di interview.. Alhamdulillah diorang siap sediakan tiket flight (return) dan penginapan.

* Saya tetap akan berkayuh satu semenanjung.. nk jumpa kawan2 baru sambil menjalankan amanah org..

*Lama dah tak tulis status mcmni.. selalunya merapu je.. hahahhaa..

Diharap pihak stesen video berkenaan mengambil ikhtibar dari kesalahan tersebut. Walaupun itu adalah satu permintaan, lihat juga pada pengisiannya, jika ianya mampu memberi kesan kepada ‘mangsa’, sebaiknya pihak stesen radio menolak permintaan tersebut.

Sumber: Ohbulan.com

The post ‘Tak Ada Niat Mengaibkan Dan Menyinggung Perasaan’ – Hot FM Mohon Maaf appeared first on Aliff Channel.



✍ Sumber Pautan : ☕ Tahukah Anda Rakyat Malaysia?

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2kCUoNi

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.