Hi! Welcome Back and Stay Tune! Sadis! Seorang Wanita AS Dijumpai Meninggal Dimakan Oleh Anjing Peliharaannya - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Sadis! Seorang Wanita AS Dijumpai Meninggal Dimakan Oleh Anjing Peliharaannya



Pihak polis di Virginia, Amerika Syarikat, menjumpai mayat seorang wanita, Bethany Stephens yang dipercayai meninggal dunia akibat dimakan oleh dua anjing jenis pitbull peliharaannya.

Kejadian itu berlaku ketika Stephens membawa  dua ekor anjing peliharaannya itu berjalan ke kawasan hutan.

Selepas empat hari mayatnya ditemui, barulah polis mengadakan sidang media bagi memaklumkan kepada ramai disebabkan ada yang curiga dengan kematiannya.

Menurut polis, ketika dua ekor anjing itu ditemui Jumaat lalu, kedua binatang tersebut berusaha menyembunyikan sesuatu yang mereka sangkakan bangkai haiwan.

Namun rupa-rupanya ia adalah jasad Stephens.

“Saya memperhatikan, begitu juga dengan empat polis lain yang turut menyaksikan, anjing-anjing itu memakan tulang rusuk mangsa.

“Kecederaan akibat trauma yang dialami mangsa ada pada bahagian tekak dan wajah.

“Mangsa seolah-olah jatuh dan tidak sedarkan diri, lalu menjadi makanan kepada anjing-anjingnya hingga mati,” ujar seorang anggota polis, Jim Agnew.

Agnew berkata, pada mulanya dia tidak mahu menceritakan kejadian itu secara terperinci bagi menghormati keluarga Stephens namun setelah khabar angin tersebar luas, beliau tiada pilihan dan terpaksa memaklumkan kepada ramai mengenai kes itu.

Menurut keluarga Stephens, mereka sendiri hairan kerana anjing itu dipelihara oleh wanita itu dari kecil lagi.

Susulan kematian Stephens, dua ekor anjing berkenaan telah dibunuh dengan keizinan daripada keluarga Stephens.

Dua pitbul itu, masing-masing bernama Tonka dan Pacman, dijumpai oleh bapa Stephens, Jumaat lalu ketika mencari Stephens yang hilang.

“Stephens benar-benar cedera, tubuhnya jelas menunjukkan dia telah meninggal dunia beberapa hari sebelum ditemui,” kata Agnew kepada media sambil memberitahu pakaian Agnew juga koyak rabak.

✍ Sumber Pautan : ☕ KAKI PALU

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2D2sOjr

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.