Pesawat Kipas Sendeng Bell V-280 Valor Melakukan Penerbangan Pertama
Pesawat dengan sistem sendeng membolehkannya terbang secara menegak sebelum berubah seperti transformers untuk penerbangan secara mendatar. Buat masa ini hanya Bell V-22 Osprey mampu melakukan dua mod penerbangan yang unik ini. Ia kelak akan mempunyai saudara baru dalam bentuk Bell V-280 Valor. Valor berjaya melakukan penerbangan sulung selama 30 saat dua hari yang lalu.
Valor dibangunkan di bawah program Joint Multi-Role Technology Demonstrator (JMR-TD) yang turut di bawah inisiatif Future Vertical Lift (FVL). Pesawat dengan kipas sendeng ini akan bertarung dengan Sikorsky-Boeing SB>1 yang diperlihatkan pada April yang lalu.
Kedua-dua pesawat memilih konfigurasi kipas yang berbeza tetapi mempunyai tujuan yang sama untuk memberikan pesawat VTOL kelajuan yang lebih tinggi berbanding helikopter konvensional. Di atas kertas anggota tentera boleh memasuki dan keluar ke ruang misi dengan lebih pantas menggunakan pesawat FVL di masa hadapan.
✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2z8tpO4
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment