Dapatkan iPhone X Menerusi Tawaran Termudah Dengan EasyPhone Dari Celcom
Penghujung tahun bakal tiba dan dunia peranti teknologi bakal melabuhkan tirainya. Banyaknya peranti flagship telahpun dilancarkan dan hadir ke pasaran membuatkan anda dilema ingin memilih telefon yang mana. Sekiranya anda lebih berhasrat untuk memiliki iPhone, iPhone X terbaru kini mudah dimiliki melalui promosi EasyPhone dari Celcom.
iPhone X merupakan telefon kesepuluh keluaran Apple, malah ia merupakan permulaan telefon pintar generasi baru dari mereka. Apple menyatakan iPhone pada masa akan datang bakal mengikut jejak iPhone X dan ini sekaligus menjadikan peranti ini sangat berbaloi untuk dimiliki, dari segi teknologi mendatang. Ia dilengkapi dengan dwi-kamera 16MP, menyokong pengecasan tanpa wayar berkat penggunaan permukaan belakang kaca, dan juga teknologi pengecaman Face ID yang boleh digunakan untuk menyahkunci peranti, melakukan pembelian aplikasi, dan menghasilkan gambar yang lebih cantik.
Namun menjadi kebiasaan telefon yang berprestasi dan berteknologi tinggi ia juga mempunyai harga yang sukar dimiliki yang boleh membuatkan pengguna membatalkan hasrat bagi memilikinya. Bagi menyelesaikan masalah ini, EasyPhone dari Celcom menawarkan iPhone X pada harga bulanan serendah RM 138.
Menerusi EasyPhone, iPhone X ditawarkan untuk empat pakej langganan bulanan berlainan, tertakluk kepada pilihan perlindungan peranti ( Device Protection) atau tanpanya. Pengguna boleh memilih iPhone X 64GB untuk melanggan langganan terendah FIRST Gold Plus RM 98 dengan bayaran bulanan peranti sebanyak RM 165 sebulan tanpa perlindungan peranti, atau sekiranya pengguna lebih banyak menggunakan data, pilihan langganan FIRST Platinum Plus sebanyak RM 188 hanya memerlukan pengguna membayar sebanyak RM 138 sebulan.
Model iPhone X 256GB juga ditawarkan menerusi promosi ini dimana perbezaannya hanyalah sebanyak RM 30 berbanding model iPhone X 64GB. Sebagai contoh, model ini ditawarkan pada harga ansuran RM 192 sebulan beserta pelan FIRST Gold Plus dengan harga langganan talian RM 98 sebulan. Ini sekaligus menjadikan EasyPhone dari Celcom merupakan satu tawaran termudah bagi pengguna, dan pengguna tidak perlu memikirkan untuk berbelanja dengan tinggi dan memungkinkan pengguna melakukan perancangan kewangan dengan lebih bijak.
Untuk EasyPhone dari Celcom ini, pengguna perlu melanggan selama 24 bulan dan sepanjang tempoh langganan tersebut, pengguna juga akan menerima kuota data 100GB Super Video Walla secara percuma dimana kuota penstriman video tidak akan menggunakan kuota data pengguna, sekaligus menguntungkan pengguna yang kerap menonton rancangan video menggunakan peranti mereka.
Bagi mendapatkan iPhone X menerusi EasyPhone dari Celcom, pengguna boleh hadir ke cawangan BlueCube terdekat dan promosi ini tertakluk sementara stok masih ada.
Beli: iPhone X Menerusi Celcom EasyPhone
Penafian: Advertorial dari Celcom
✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2pbHB9v
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment