Hi! Welcome Back and Stay Tune! Suspek utama kes bunuh johor berjaya di tahan - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Suspek utama kes bunuh johor berjaya di tahan

Suspek utama kes bunuh johor berjaya di tahan|JOHOR BAHRU: penahanan dua individu telah membawa kepada 4 orang suspek utama termasuk wanita atas kes pembunuhan tikam dan gilis di sebuah stesen di Taman Pelangi, Ahad lalu.

Ketua Polis Johor, Datuk Mohd Khalil Kader Mohd, berkata semalam pihaknya menahan seorang lelaki dan seorang wanita di Pulau Pinang, manakala suspek lain ditahan di Singapura dengan bantuan polis Singapura.

“Terkini pada hari ini, seramai empat lelaki ditahan di Johor oleh Pasukan Siasatan Khas Polis Diraja Malaysia (PDRM) menjadikan jumlah keseluruhan tangkapan adalah seramai 13 orang.

“Semua suspek ditahan berusia antara lingkungan 16 hingga 26 tahun,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Mohd Khalil berkata, polis masih meneruskan siasatan bagi mengesan beberapa lagi suspek dikehendaki bagi membantu siasatan.

Terdahulu, pagi tadi Majistret Noor Aisyah Ahmad membenarkan penahanan reman enam individu termasuk seorang wanita selama reman tujuh hari bermula hari ini.

Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Dalam kejadian jam 7.30 malam Ahad lalu, mangsa maut selepas disyaki ditikam sebelum dilanggar dan digilis kereta ketika mengisi angin tayar dalam kejadian pergaduhan di sebuah stesen minyak di Jalan Sri Pelangi, Taman Pelangi di sini.

Mangsa meninggal dunia di tempat kejadian akibat cedera parah pada bahagian dada kiri.

The post Suspek utama kes bunuh johor berjaya di tahan appeared first on Eberita.org.



✍ Sumber Pautan : ☕ Eberita.org

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2BOcaEE

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.