Nokia Dan Huawei Mengumumkan Kerjasama Perjanjian Paten
Nama dan kedudukan Nokia di dalam arena peranti pintar mungkin tidak segah dahulu. Mereka kini bukan lagi pengeluar peranti terbesar di dunia tetapi sebagai antara pelopor terawal, mereka memegang banyak paten yang membolehkan telefon pintar berfungsi dengan baik.
Pihak Nokia semalam telah mengumumkan kerjasama dengan Huawei dalam perjanjian penggunaan paten mereka. Tiada maklumat mengenai nilai bayaran dari pihak Huawei kepada Nokia. Tetapi penganalisa menganggarkan ia mungkin mencecah 100 juta Euro setahun. Selain Huawei, Xiaomi dan Apple turut telah menandatangani perjanjian paten dengan Nokia tahun ini.
Sungguhpun tidak lagi menghasilkan peranti mereka sendiri, semangat Connecting People Nokia masih hidup pada peranti-peranti yang menggunakan teknologi yang dipelopori mereka.
✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2kVdnlI
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment