Grab Mula Menguji Ciri Melindungi Nombor Telefon Di Malaysia
Grab kini telah memulakan ujian beta untuk ciri melindungi nombor telefon untuk para pengguna tempatan – sekaligus menawarkan anda privasi tambahan berbanding sebelum ini.
Dengan ciri baru ini, kedua-dua pemandu dan penumpang tidak boleh melihat nombor telefon masing-masing. Sebaliknya, Grab akan memaparkan nombor maya – dan menghubungkan kedua-dua pengguna dan pemandu melalui nombor maya ini.
Nombor maya ini akan ditawarkan untuk sementara sahaja sehingga pemanduan berkenaan tamat, dan selepas itu, ia tidak akan menghubungkan pengguna berkenaan lagi.
Langkah ini akan membolehkan nombor telefon sebenar pengguna dilindungi, dan tidak diganggu oleh pemandu – dan begitu juga sebaliknya.
Ciri ini masih pada peringkat ujian beta lagi buat masa ini – dan ia dijangka diperkenalkan secara meluas dalam beberapa bulan lagi.
✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2C05qGc
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment