Apple Dilaporkan Sedang Membangunkan Apple Watch Dengan Pengesan EKG Terbina
Hampir kesemua pengesan kesihatan di pasaran dilengkapi sistem imbasan nadi. Ini dilakukan dengan meletakkan sensor cahaya yang mengesan perubahan tekanan pada pembuluh dara. Tetapi bagi mendapatkan kadar degupan jantung yang tepat, sistem imbasan EKG diperlukan. Setakat ini hanya Apple Watch hanya mempunyai aksesori EKG terbina pada tali jam yang menerima kelulusan FDA. Ia walau bagaimanapun dihasilkan oleh pihak ketiga.
Menurut laporan Bloomberg, Apple sedang membangunkan sebuah Apple Watch dengan sistem imbasan EKG terbina. Apabila bingkai Apple Watch ini dipicit, ia akan menghantar denyutan elektrik ke dada pemakai. Ini akan membolehkan kadar degupan jantung yang tepat diambil. Ini membolehkan pengesanan serangan jantung dan strok pemakai.
Pengesanan awal kadar degupan jantung yang luar biasa dapat menyelamatkan nyawa pemakai sebelum serangan jantung atau strok berlaku. Ini sekaligus mampu membuatkan Apple Watch menjadi peranti boleh-pakai yang juga merangkap peranti boleh menyelamatkan nyawa pemakai di masa hadapan.
✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2BvYYaQ
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment