PRU14 Hari Paling Sesuai Untuk Rakyat Hukum DAP
Sudah jelas parti DAP atau lebih dikenali sebagai parti Roket hanya tahu berjanji dan berjanji, namun itu semua sekadar janji untuk menyedapkan telinga rakyat. Sebelum parti Roket itu mengambil alih pentadbiran Kerajaan Negeri Pulau Pinang, pelbagai janji yang dibuat dan mendabik dada mengatakan kononnya mereka akan mentadbir negeri itu lebih baik daripada kerajaan sebelum ini.
Tetapi lihat negeri Pulau Pinang sekarang, ia tidak seperti apa yang dijanjikan kerajaan DAP yang dibawah pimpinan Lim Guan Eng janjikan. Selepas mengambil alih pentadbiran negeri Pulau Mutiara itu pada 2008, berita kerajaan DAP rakus mengaut keuntungan untuk memenuhi kantung mereka dan berkali-kali mengecewakan rakyat negeri itu sering hangat diperkatakan.
Antaranya, kegagalan Kerajaan DAP Pulau Pinang mengatasi masalah banjir sejak mereka memerintah negeri itu selama sembilan tahun DAP. Kesannya membuat rakyat negeri Pulau Mutiara itu menderita apabila negeri itu kerap di landa banjir teruk.
Walaubagaimanapun, rakyat Pulau Pinang harus manfaatkan Pilihan Raya Umum ke-14 akan datang untuk menghukum kealpaan DAP. Banjir di Pulau Pinang menjadi isyarat terpenting kepada rakyat negeri Pulau Mutiara itu untuk mengubah pemerintah di negeri itu. Mereka sendiri boleh lihat dan menjadi saksi siapa yang lebih ikhlas dalam membantu mangsa banjir di negeri itu.
Rakyat negeri itu harus bijak menggunakan peti undi sebagai alat perubahan angin di negeri itu dalam pilihan raya umum akan datang. Ini kerana musibah banjir yang berlaku di negeri Pulau Pinang telah membuka mata banyak pihak bahawa kita boleh bersatu.
Ini dapat lihat aksi berpelukan spontan antara Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng dengan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang menarik perhatian di media sosial membuktikan keprihatin kerajaan Barisan Nasional (BN) terhadap rakyat Pulau Pinang walaupun di bawah pemerintahan pembangkang.
Kerajaan DAP Pulau Pinang juga patut berhenti bersikap menunding jari kepada pihak lain terutama kepada Kerajaan Pusat jika terjadi bencana alam di negeri itu.
Lagi pun, puncanya kerap berlakunya bencana alam di negeri itu adalah kerana silap Kerajaan DAP Pulau Pinang sendiri yang mengguna pakai garis panduan keselamatan pembangunan lereng bukit yang dibuat sendiri pada 2012 dengan alasan kononnya yang dahulu tidak sesuai.
Selain itu, Kerajaan DAP Pulau Pinang juga patut berhenti memberi alasan dengan menyalahkan cuaca apabila setiap kali berlaku banjir. Kerajaan DAP Pulau Pinang patut sedar, semakin banyak kawasan yang dahulunya tidak pernah dilanda banjir kini kerap ditenggelami air setiap kali berlaku hujan lebat.
Dikatakan 23 kejadian banjir kilat berlaku di seluruh Pulau Pinang bagi tempoh 2015 hingga setakat ini. Kesemua bencana ada kaitan dengan pembangunan hartanah, penarahan kawasan bukit dan lereng bukit yang tidak terkawal serta penambakan laut.
Walaupun Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng pernah mendakwa kononnya Kerajaan Persekutuan tidak pernah memberi walau satu sen kepada negeri Pulau Pinang untuk membangunkan negeri Pulau Mutiara itu, namun Kerajaan Persekutuan tetap menunjukkan keprihatinannya apabila membelanjakan RM2 bilion untuk projek kawalan banjir di Pulau Pinang menerusi Rancangan Malaysia Ke-10 sebanyak RM1.493 bilion.
Ia juga termasuk RM34 juta untuk pembersihan dan rawatan air Sungai Pinang, manakala peruntukan RM404.5 juta menerusi RMK 11.
Peruntukan RM150 juta untuk Projek Tebatan Banjir Lembangan Sungai Pinang juga diluluskan pada November 2016. Persoalannya sekarang, berapakah jumlah wang dibelanjakan Kerajaan DAP Pulau Pinang dan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) untuk mengatasi masalah banjir sejak DAP memerintah pada 2008?
Negeri Pulau Pinang memerlukan Pelan Induk Pencegahan Banjir lebih daripada Pelan Induk Pengangkutan kerana tidak berguna jika mereka membina jaringan jalan raya dan kemudahan pengangkutan darat jika jalan dan kenderaan sering tenggelam dalam banjir bila hujan lebat.
Jika Kerajaan DAP Pulau Pinang sanggup berhabisan berjuta-juta untuk projek tertentu, kenapa mereka tidak boleh belanjakan jumlah sama untuk selesaikan masalah banjir?. –UN
✍ Sumber Pautan : ☕ KAKI PALU
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2D3eqHo
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment