Hi! Welcome Back and Stay Tune! UMNO-Pas Solidariti Untuk Palestin, DAP-Pakatan Harapan Solidariti Gulingkan Kerajaan - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

UMNO-Pas Solidariti Untuk Palestin, DAP-Pakatan Harapan Solidariti Gulingkan Kerajaan




Hari ini, sejarah bakal tercipta lagi. Satu lagi kerjasama erat demi Islam terjalin antara UMNO dan Pas melalui Perhimpunan Solidariti Selamatkan Baitulmuqaddis yang diadakan pada pukul 3 petang di Masjid Putra, Putrajaya.

Ia bagi membantah tindakan Amerika Syarikat (AS) mengiktiraf bandar suci umat Islam itu sebagai ibu negara, Israel. Selain itu, tindakan Presiden AS Donald Trump turut membangkitkan kemarahan umat Islam seluruh dunia apabila mengumumkan AS akan memindahkan kedutaan mereka dari Tel Aviv ke Baitulmuqaddis sebagai simbol pengiktirafan itu.

Rentetan itu, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dengan lantang menyuarakan kemarahan rakyat Malaysia di atas pengiktifaran berkenaan.

Malah ketika Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2017, beliau yang juga Presiden UMNO telah mengulangi untuk menentang pengiktirafan AS berkenaan yang sama sekali merupakan satu penghinaan kepada umat Islam dan penganiayaan kepada penduduk Palestin.

Dari situ, tercetuslah himpunan ini yang akan turut menghimpunkan parti PAS. Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang akan turut serta dalam perhimpunan ini meskipun berbeza ideologi politik.

Sama seperti perhimpunan solidariti Rohingya yang diadakan kira-kira setahun lalu di Stadium Mini Titiwangsa, Kuala Lumpur, ia menunjukkan penyatuan dua parti iaitu UMNO dan PAS demi Islam.

Ia amat berbeza sama sekali sewaktu Mahathir Mohamad menjadi Perdana Menteri selama 22 tahun dulu. Boleh dikatakan beliau asyik hendak bergaduh dan bermusuh sahaja dengan semua orang. Bukan sahaja dalam UMNO, dengan pemimpin PAS juga, yang seagama pun beliau bergaduh.

Mahathir tidak bergaduh dengan kroni-kroninya sahaja yang sudah jadi bilionaire di negara ini semasa beliau menjadi Perdana Menteri.

Hari ini, Mahathir memperjuangkan kroni dan anaknya sendiri. Mahathir bergaduh lagi dengan ahli UMNO hingga tubuh parti baru dan berpakat dengan parti yang sudah dikenali sebagai musuh Islam iaitu DAP, untuk menggulingkan Perdana Menteri.

DAP pula pernah didakwa menerima dana RM1.2 bilion dari Israel. Dakwaan itu dibuat sendiri oleh bekas Pegawai Khas Lim Kit Siang, Mohamad Razali Abdul Rahman. DAP menyatakan mahu saman Mohamad Razali, namun setahun sudah berlalu, tiada saman difailkan pun terhadap tuduhan berkenaan.

Dulu Mahathir ajak rakyat bersama-sama tolak DAP dan menyokong Barisan Nasional (BN) supaya beliau terus kekal jadi Perdana Menteri. Selepas bersara letak jawatan, Mahathir sanggup  mewujudkan ikatan solidariti dengan DAP dan beberapa parti serpihan yang dulu menentang prinsipnya sama-sama untuk menjatuhkan Najib.

Malah bukan rahsia kerana semua orang tahu objektif utama Mahathir menubuhkan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) adalah untuk menyingkirkan Najib, menerusi agenda kononnya selamatkan Malaysia, tetapi rancangan itu tidak berjaya.

Malah Deklarasi Rakyat-Selamatkan Malaysia, yang kononnya ditandatangani kira-kira 1.2 juta rupa-rupanya mengandungi unsur-unsur penipuan.

Ia selepas seorang pengatur cara komputer bebas, Azharuddin Othman, mengaku terlibat dengan urus niaga menjual pangkalan data penduduk negara ini bagi mendapatkan 1.2 juta tandatangan untuk keperluan projek Deklarasi Rakyat yang digerakkan Mahathir dan pembangkang.

Azharuddin turut mendakwa kesemua 1.2 juta tandatangan tersebut adalah palsu dan perlu disiasat oleh pihak berkuasa.

Bukan itu sahaja, Mahathir juga sanggup bersama dengan Anwar Ibrahim yang menyokong usaha menjaga keselamatan Israel. Anwar dilaporkan menyatakan sokongan terhadap usaha bagi menjaga dan melindungi keselamatan Israel itu ketika beliau ditemubual oleh akhbar Wall Street Journal (WSJ) pada 2012.

Meskipun kemudiannya dinafikan Anwar, namun beliau juga tidak menyaman WSJ atas laporan berkenaan.

Berbeza dengan Najib, beliau sanggup mengetepikan perbezaan politik dan sanggup sepentas dengan PAS kerana Islam dan bagi membela nasib penduduk Palestin akibat kekejaman rejim zionis. Seharusnya umat Islam membuka mata dan melihat perbezaan zaman pentadbiran Najib dan Mahathir.

Banyak yang berbeza sebenarnya.

Tulisan :
Beruang Biru
BB710, Jumaat
22 Disember 2017



✍ Sumber Pautan : ☕ KAKI PALU

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2BCyog1

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.