Seorang Lelaki Telah Mengeselkan Kemaluannya Ketika Berada Di Dalam LRT, Kepada Yang Hanya Tengok Dan Ketawa, Ini Pesanan Khas Dari Syed Azmi
Perkara seperti ini bukanlah sesuatu perkara yang baru. Isu gangguan seksual di dalam pengangkutan awam sudah kerap terjadi, lagi-lagi buat kaum wanita yang sering menjadi mangsa gangguan tidak bermoral tersebut.
Disebabkan permasalahan inilah yang membuat kaum wanita jadi takut untuk mengunakan pengangkutan awam. Disebabkan mereka tidak mempunyai pilihan yang lain, mereka terpaksa juga mengunakan perkhidmatan berkenaan dalam keterpaksaan.
Baru-baru ini telah dikecohkan dengan satu kes yang melibatkan seorang wanita telah mengalami saat-saat yang amat mencemaskan apabila salah seorang penumpang lelaki yang berada di dalam LRT itu bertindak menunjukkan kemaluan kepadanya. Syed azmi sebagai seorang aktivis kemanusiaan, memberi pendapat bahawa wanita itu tidak boleh dipersalahkan kerana dia bertindak untuk membela maruahnya.
Perbualan wanita yang terkena gangguan seksual
”Ini adalah perbualan saya dengan mangsa gangguan seksual dalam LRT tempoh hari. Mujurlah dia bekerjasama dengan Prasarana dan pihak polis berkenaan kes itu dengan memberikan semua bukti yang ada walaupun mangsa masih terkejut.
Saya puji keberaniannya menjerit bukan hanya untuk diri sendiri, malahan untuk mereka yang berpotensi menjadi mangsa. Tiada siapa boleh mengganggu privasi dan mendatangkan kemudaratan, bukan hanya oleh penyangak berkenaan, malahan sesiapa pun.Keadaan ini bukanlah baru.”
”Kita sudah jelak dengan aduan sebegini yang sudah banyak menyaksikan mangsa akan tetap dipersalahkan. Secara umumnya, mangsa akan dicari kesalahannya. Awak pakai apa, ketat ke tidak, awak goda dia, siapa suruh berdiri situ, jalan situ and etc lah. Itu standard orang kita.
Next the standard of kenapa tak jerit kuat lagi, saya tak faham English cik cakap apa, itu main-main aje, gurau je tu, tak perasan pun, oooh tempat ni memang biasa, dah ramai kena dah are things on how management try to defend themselves instead of finding solutions. Standard.
From netizens, bangsa apa orang jahat tu, kenapa tak keluar dengan kawan, awak pakai baju apa, tak pakai tudung?… Ohhh patutlah and all judgement again.”
Membuat laporan di balai polis untuk elakkan perkara berkenaan terjadi kembali
”Kebanyakan mangsa yang membuat laporan bukan meminta simpati tapi untuk meningkatkan kesedaran sekaligus mengetatkan keselamatan bagi mengelakkan perkara sama berulang. Bukan compensation. Maruah tak ternilai.
Apa yang berlaku antara Prasarana dan mangsa bukanlah isunya di sini. Apa yang penting adalah meningkatkan kawalan keselamatan.
Mangsa ada foto penyangak berkenaan tapi tidak boleh diviralkan kerana polis sedang menyiasat. Jadi kita biarkan polis buat kerja dan Prasarana lakukan penambahbaikan. Tapi kalau takda jugak, tak tahulah apa yang boleh kita buat. Takkan we want to bersangka buruk about them. Kannnn. Bagi diorang ruang.”
Khas kepada yang melihat dan hanya ketawa, semoga perkara itu tidak terjadi kepada ahli keluarga anda
”But if tak buat apa-apa and jadi lagi pada orang lain personally i would create awareness to public untuk berjaga-jaga.
Kepada orang awam yang hanya tengok dan ketawa, doakanlah insiden ini tidak berlaku kepada emak, isteri, kakak atau anak perempuan anda. Baru tau. Until then, give support to both victims and the investigation. Jangan let them to brush it away.
Post ni ditulis penuh dengan bersangka baik, janji buat kerja ye Prasarana. We want to see result. The client is your customer and you are obliged to ensure safety for all your commuters. Making report alone is not the end, now let the healing and trust build up again.”
Jadikan semua yang terjadi ini sebagai pengajaran dan iktibar kita bersama. Jika kita terlihat ada gangguan seksual di mana pun berada, seharusnya anda bertindak dengan bijak bukan hanya ketawa dan menjadi tunggul tanpa berbuat apa-apa untuk membantu mangsa kejadian.
Sumber: Facebook/Syed Azmi
The post Seorang Lelaki Telah Mengeselkan Kemaluannya Ketika Berada Di Dalam LRT, Kepada Yang Hanya Tengok Dan Ketawa, Ini Pesanan Khas Dari Syed Azmi appeared first on Aliff Channel.
✍ Sumber Pautan : ☕ Tahukah Anda Rakyat Malaysia?
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2BDiEt6
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment