Hi! Welcome Back and Stay Tune! Amaran angin kencang, laut bergelora di Sarawak sehingga Ahad - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Amaran angin kencang, laut bergelora di Sarawak sehingga Ahad

KUALA LUMPUR: Angin kencang Timuran dengan kelajuan melebihi 60 kilometer sejam (km/j) dengan ketinggian ombak melebihi 4.5 meter dijangka melanda perairan Condore, Reef North, Layang-Layang, barat Palawan, Tioman, barat Labuan, Reef South dan Bunguran sehingga Ahad ini.

Menurut kenyataan Jabatan Meteorologi Malaysia semalam, situasi sama turut dijangka berlaku di perairan Labuan, pedalaman dan pantai barat Sabah, Sarawak, Kelantan, Terengganu, Pahang serta Johor Timur.

“Keadaan angin kencang dan laut bergelora ini berbahaya kepada semua aktiviti pantai dan perkapalan termasuk pekerja di pelantar minyak,” kata kenyataan itu.

Sementara itu, angin kencang Timuran berkelajuan 50 hingga 60 km/j dengan ketinggian ombak mencecah sehingga 4.5 meter dijangka berlaku di kawasan perairan timur Samui sehingga Ahad ini.

“Keadaan angin kencang dan laut bergelora ini berbahaya kepada semua aktiviti perkapalan dan pantai termasuk menangkap ikan dan perkhidmatan feri,” kata kenyataan itu.

Dalam pada itu, angin kencang Timuran dengan kelajuan 40 hingga 50 km/j dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 3.5 meter dijangka berlaku di kawasan perairan barat Samui dan Sulu sehingga Ahad ini iaitu keadaan angin kencang dan laut bergelora itu berbahaya kepada bot kecil, rekreasi laut dan sukan laut.  — BERNAMA



✍ Sumber Pautan : ☕ KamekMiakSarawak

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2zj4uHA

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.