Hi! Welcome Back and Stay Tune! 50 penyandang jawatan sensitif tidak boleh rayu arahan penukaran - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

50 penyandang jawatan sensitif tidak boleh rayu arahan penukaran

zabidiPUTRAJAYA: Lima puluh penyandang jawatan sensitif di pelbagai kementerian yang akan ditukarkan tidak lama lagi, tidak boleh mengemukakan rayuan, kata Ketua Pengarah Jabatan Perkhidmatan Awam, Tan Sri Mohamad Zabidi Zainal.

“Kami ingin menegaskan bahawa tiada rayuan boleh dikemukakan para pegawai ke atas arahan pertukaran itu nanti,” katanya.

Mohamad Zabidi berkata, arahan penukaran 50 pegawai itu akan dikeluarkan dalam tempoh seminggu.

Katanya, pelaksanaan penukaran pegawai itu nanti adalah dalam kalangan mereka yang memegang jawatan sensitif tanpa mengira gred.

“Permulaan akan melibatkan 50 pegawai dan untuk seterusnya akan ada lagi, kerana ini adalah proses berterusan dan mengikut penggiliran,” katanya selepas Majlis Pelancaran 1Serve Transit Lounge@JPA4U, hari ini.

Isnin lepas, Ketua Setiausaha Negara (KSN), Tan Sri Dr Ali Hamsa mengumumkan, seramai 50 pegawai yang menyandang jawatan sensitif di pelbagai kementerian akan ditukarkan secara dalaman di agensi masing-masing atau ke kementerian lain, mulai bulan ini.

Ali berkata, pegawai-pegawai yang dikenal pasti itu telah berkhidmat antara lima hingga 10 tahun di beberapa bahagian kementerian, khususnya kewangan, perolehan dan kontrak.

Menurut Mohamad Zabidi, JPA sedang menjalankan proses untuk memulakan penukaran tersebut, bagi memastikan penukaran pegawai terbabit sesuai dengan penjawatan mereka.

“Ia baru diumumkan Isnin lepas oleh KSN dan JPA memerlukan masa untuk memilih pegawai dan berunding mengenai perkara tersebut, termasuk jawatan yang sesuai untuk mereka yang akan ditukar nanti.

Mengenai 1Serve Transit Lounge@JPA4U, katanya, jabatan itu kini menyediakan ruang menunggu kepada pelanggan JPA yang ingin mendapatkan perkhidmatan shuttle buggy di Blok C10, Kompleks C, Putrajaya ke Kaunter 1Serve JPA4U yang terletak di Blok C2.

“Usaha ini merupakan inisiatif nilai tambah, bagi memastikan kesemua pelanggan diberi keutamaan dan keselesaan dalam berurusan dengan JPA,” katanya.

Mohamad Zabidi berkata, untuk perkhidmatan kereta bugi, pelanggan disediakan enam ruang meletak kenderaan di 1Serve Transit Lounge@JPA4U berdasarkan siapa cepat dia dapat.

BERNAMA



Mukah Pages bring you trending news media with Free Malaysia Today http://ift.tt/1qxhKUU

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.