Hi! Welcome Back and Stay Tune! Lelaki dilapor hilang di Tg Bakong ditemui selamat - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Lelaki dilapor hilang di Tg Bakong ditemui selamat

KUCHING: Seorang lelaki yang dilaporkan hilang di Tanjung Bakong, Taman Negara Bako ditemui dalam keadaan selamat semalam.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak Farhan Sufyan Borhan berkata mangsa ditemui oleh penduduk kampung sekitar jam 7.30 pagi.

“Mangsa berjaya menghubungi rakannya dan beberapa penduduk kampung kemudian bergerak untuk mengambil mangsa di Lubok Serait iaitu kira-kira satu kilometer dari tempat dia dilaporkan hilang,” katanya.

Mangsa, Rizal Kadir berusia 34 tahun dilaporkan hilang selepas ditinggalkan adiknya di pulau tersebut sekitar jam 4.30 petang kelmarin.

Difahamkan, mangsa gagal ditemui selepas itu menyebabkan adiknya terpaksa mendapatkan bantuan orang kampung serta menghubungi JBPM untuk bantuan.

Operasi mencari dan menyelamat (SAR) dilancarkan serta-merta dan dihentikan semalam selepas mangsa berjaya ditemui.

 



Mukah Pages sharing local news with BorneoPost Online | Borneo , Malaysia, Sarawak Daily News http://ift.tt/1S6PEfu

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.