Hi! Welcome Back and Stay Tune! Laporan PAC tidak lengkap, tidak dijelaskan secara perinci- PERKASA - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Laporan PAC tidak lengkap, tidak dijelaskan secara perinci- PERKASA

Azrul-Akmal_pac_parliment_600

PETALING JAYA: Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) mempersoal laporan Ahli Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) yang dibentang di Parlimen semalam ekoran masih banyak perkara yang gagal dijelaskan selain tidak dinyatakan secara perinci.

Pengerusi Biro Integriti, Anti-Rasuah dan Salah Guna Kuasa PERKASA, Azrul Akmal Saharudin berkata, laporan itu tidak lengkap memandangkan wujud persoalan-persoalan yang tak berjawab dan diakui sendiri oleh anggota PAC yang terlibat.

“Kita masih tidak mendapat maklumat daripada 1MDB berkenaan status syarikat Aabar Ltd sama ada ia merupakan anak syarikat kepada International Petroleum Investment Corp (IPIC) atau Aabar Investment PJS (Abu Dhabi). Bagaimana pula dengan laporan yang mengatakan 1MDB telah membayar RM4.24 bilion kepada Aabar Ltd sebagai dposit sekuriti tanpa kelulusan lembaga pengarahnya?

“Laporan PAC juga tidak menyatakan dengan terperinci dakwaan media asing berhubung kaitan yang mungkin dari segi aliran tunai daripada 1MDB dengan pembiayaan filem Wolf of Wall Street serta penggunaan khidmat Jho Low di Amerika Syarikat kononnya untuk membeli aset-aset tertentu sebelum ini,” katanya menerusi satu kenyataan media kepada FMT.

Dalam pada itu, Azrul turut menanyakan jika laporan PAC mengesahkan kewujudan konsesi minyak di Argentina dan Turkmenistan yang menurut pelbagai sumber sebagai milik Petro Saudi.

“Kemudian difahamkan tentang pelaburan di Cayman Island yang dikatakan telah dibawa balik, ada yang mengatakan disimpan di Singapura namun dinafikan oleh bank di Singapura, jadi, di manakah ia? Di manakah duit-duit yang dipinjam 1MDB ini?” soalnya menerusi kenyataan yang sama.

Akmal, Ahli Dewan Tertinggi PERKASA juga menegaskan, kerisauan serta kritikan terhadap urusniaga yang mengaitkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak terbukti benar apabila laporan PAC itu sendiri menyatakan prestasi kewangan 1MDB kurang memuaskan.

Sehubungan itu, PERKASA terus berpendirian supaya sebuah Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) ditubuhkan segera bagi merungkai setiap skandal melibatkan 1MDB, sekaligus dapat membersihkan nama Perdana Menteri.



Mukah Pages bring you trending news media with Free Malaysia Today http://ift.tt/1qytc2W

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.