Pembuat perabot lapor polis pelanggan bayar cek tendang
SIBU: Seorang pembuat perabot membuat laporan polis selepas pelanggannya membayar kos projek membuat perabot menggunakan cek tendang.
Menurut pengadu, 30-an, projek tersebut telah disiapkan tetapi pelanggan tersebut gagal dihubungi lagi selepas gagal melangsaikan bayaran kos projek berkenaan.
Katanya, beliau telah menyiapkan projek tersebut di sebuah pusat beli-belah di sini sebelum 3 Mac seperti yang dijanjikan antara semua pihak yang terbabit.
Katanya, pelanggan berkenaan hanya membayar wang pendahuluan sebanyak RM4,500 selepas menyemak akaunnya secara atas talian pada 23 Mac lalu.
Pengadu memberitahu bahawa pelanggan tersebut sepatut membuat pembayaran penuh tetapi memberi alasan menyuruh dia sabar menunggu.
Pada 1 April lalu, pelanggan tersebut telah menghubungi pengadu bahawa dia telah menghantar gambar satu slip cek bernilai RM10,500 melalui applikasi WhatsApp menunjukkan baki bayaran tersebut dibayar ke atas nama syarikat pengadu.
Bagaimanapun, pihak bank telah menghubungi pengadu dan memberitahu bahawa cek yang dibayar kepadanya tiada wang atau cek kosong.
Usaha pengadu menghubungi pelanggan untuk menyelesaikan masalah berkenaan gagal malah nombor telefonnya telah disekat pelanggan terbabit.
Keadaan tersebut memaksa pengadu bertindak membuat laporan polis berhubung kes tersebut.
Mukah Pages sharing local news with BorneoPost Online | Borneo , Malaysia, Sarawak Daily News http://ift.tt/1PXPEXy
Post a Comment