Hi! Welcome Back and Stay Tune! Rafizi didakwa tiga pertuduhan - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Rafizi didakwa tiga pertuduhan

Rafizi

KUALA LUMPUR: Setiausaha Agung PKR, Rafizi Ramli didakwa di mahkamah hari ini atas tiga pertuduhan memiliki dan membocorkan rahsia kerajaan serta memfitnah.

Di Mahkamah Sesyen, dia didakwa mengikut Seksyen 8 (1)(c)(iv) dan 8 (1)(c)(iii) Akta Rahsia Rasmi (OSA) kerana memiliki dan mendedahkan muka surat 98 laporan audit mengenai 1MDB dalam sidang media.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu di Bangunan Parlimen antara 24 dan 28 Mac.

Jika bersalah, dia boleh dipenjara maksimum tujuh tahun.

Di Mahkamah Majistret, Ahli Parlimen Pandan itu menghadapi satu lagi tuduhan mengikut Seksyen 499 Kanun Keseksaan kerana memfitnah Lembaga Tabung Haji (TH) menerusi blognya pada 18 Februari lalu.

Bagi tuduhan itu, dia menghadapi penjara dua tahun atau denda, jika sabit kesalahan.

Rafizi mengaku tidak bersalah bagi ketiga-tiga tuduhan itu dan minta dibicarakan.

Hakim Mahkamah Sesyen Zulqarnian Hassan membebaskan Rafizi dengan ikat jamin RM3,000 bagi tuduhan OSA.

Manakala Majistret Mohd Raihan Mohd Aris menetapkan ikat jamin RM1,000 bagi tuduhan memftnah TH.

Ketiga-tiga tuduhan itu akan disebut semula pada 29 April ini.

Rafizi sebelum ini direman tiga hari selepas ditangkap di luar bangunan Parlimen pada Selasa lalu.

Rafizi sebelum ini mendakwa 1MDB menjadi punca Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) lewat membayar gratuiti kepada bekas tentera.

Dakwaan itu dinafikan Pengerusi LTAT, Tan Sri Mohd Anuar Mohd Noor dan LTAT juga telah memfailkan saman terhadap Rafizi.



Mukah Pages bring you trending news media with Free Malaysia Today http://ift.tt/1NcEEGb

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.