Hi! Welcome Back and Stay Tune! Roland Sagah optimis pertahan DUN Tarat - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Roland Sagah optimis pertahan DUN Tarat

Oleh Nick Fletcher//

SIMBOLIK: Sagah menandatangani plak sebagai simbolik perasmian Kedai Coop 1Malaysia di pejabat Koperasi FELCRA Kawasan Belimbing di Siburan, semalam.

SIMBOLIK: Sagah menandatangani plak sebagai simbolik perasmian Kedai Coop 1Malaysia di pejabat Koperasi FELCRA Kawasan Belimbing di Siburan, semalam.

KUCHING: Datuk Roland Sagah Wee Inn optimis mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Tarat pada Pilihan Raya Negeri Ke-11 (PRN11) ini bagi memantapkan lagi pembangunan di konstituensi luar bandar tersebut.

Jelasnya, walaupun sudah banyak pembangunan serta kemudahan dibawa ke kawasan berkenaan namun ia masih belum mencukupi terutama bagi meningkatkan lagi taraf hidup rakyat.

“Saya akan bekerja keras memastikan BN memenangi kerusi ini dan meneruskan usaha membawa banyak pembangunan serta menaik taraf kemudahan untuk rakyat di sini,” katanya.

Beliau menyatakan demikian ketika ditemu bual selepas merasmikan Kedai Coop 1Malaysia di pejabat Koperasi FELCRA Kawasan Belimbing di Siburan dekat sini, semalam.

Menurut Sagah, antara projek terbaharu akan dilaksana bagi DUN Tarat ialah menaik taraf Jalan Padawan.

Jelas beliau, projek tersebut sudah diluluskan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dengan peruntukan sebanyak RM75 juta di bawah Rancangan Malaysia Ke-11 (RMK11).

“Projek ini akan dilaksanakan dalam masa terdekat,” kata Sagah yang merupakan timbalan spea-ker DUN.

Sementara itu, Sagah yang sudah menyandang DUN Tarat selama empat penggal berkata pelbagai projek pembangunan khususnya dari segi ekonomi juga telah dilaksanakan di konstituensinya.

“Kami telah memperluas kawasan perladangan bukan sahaja bagi kelapa sawit tetapi juga getah,” katanya.

Justeru, beliau yakin bahawa rakyat di DUN Tarat tidak akan mudah terpengaruh dengan isu khususnya membabitkan tanah Hak Adat Bumiputera (NCR) yang diketengahkan oleh pembangkang dalam kempen pilihan raya nanti.

“Pembangkang hanya tahu memberi persepsi yang salah kepada rakyat,” katanya.

 

 



Mukah Pages sharing local news with BorneoPost Online | Borneo , Malaysia, Sarawak Daily News http://ift.tt/1S6PG79

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.