Hi! Welcome Back and Stay Tune! Kenaikan gaji penjawat awam tetap dilaksana - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Kenaikan gaji penjawat awam tetap dilaksana

Oleh Rusnan Mustafa//

BERITA GEMBIRA: Ali (kanan) memaklumkan kenaikan gaji tahunan penjawat awam tetap diteruskan berkuat kuasa 1 Julai 2016. Turut kelihatan Morshidi.

BERITA GEMBIRA: Ali (kanan) memaklumkan kenaikan gaji tahunan penjawat awam tetap diteruskan berkuat kuasa 1 Julai 2016. Turut kelihatan Morshidi.

KOTA SAMARAHAN: Kerajaan akan tetap melaksanakan kenaikan gaji tahunan yang berkuat kuasa 1 Julai nanti kepada kira-kira 1.61 juta penjawat awam meskipun keadaan ekonomi negara tidak menentu.

Perkara itu ditegaskan oleh Ketua Setiausaha Negara (KSN) Tan Sri Dr Ali Hamsa pada sidang media selepas Kuliah Tahunan KSN bertemakan ‘Merakyatkan Perkhidmatan Awam’ di Auditorium Institut Tadbir Awam Negara (INTAN) Sarawak di sini, semalam.

“Kerajaan telah berjanji kepada penjawat awam bahawa kenaikan gaji tahunan akan bermula 1 Julai (semasa pengumuman Bajet 2016), akan diteruskan walaupun keadaan ekonomi tidak menentu sekarang tetapi kerana kerajaan telah berjanji perkara itu akan diteruskan pada 1 Julai dan juga pelaksanaan 252 skim perkhidmatan juga dikuatkuasakan pada 1 Julai,” katanya.

Ali memberitahu bahawa sekitar 1.61 juta penjawat awam di seluruh negara akan menikmati kenaikan gaji tahunan tersebut.

Mengulas mengenai isu rasuah melibatkan pegawai tinggi kerajaan yang berlaku membabitkan seorang pegawai tinggi Kementerian Belia dan Sukan bulan lalu, beliau menjelaskan bahawa kes itu masih dalam siasatan.

Tambahnya, laporan daripada Ketua Audit Negara Tan Sri Ambrin Buang akan siap hujung bulan ini dan sebaik sahaja ia siap pihaknya akan mengetahui bagaimana kes itu terjadi.

“Kita akan dedahkannya kepada umum sebaik sahaja kita menerima laporan itu nanti,” katanya.

Sehubungan itu, beliau mendedahkan bahawa sekitar 50 penjawat awam yang menyandang jawatan tertinggi seperti pegawai kewangan, pegawai pembangunan bahagian kontrak dan pegawai perolehan akan dipindahkan setiap tiga tahun.

Jelasnya jawatan tersebut merupakan jawatan yang ‘sensitif’ dan tindakan itu bagi memastikan pegawai yang memegang jawatan tinggi tidak terlibat dalam salah guna kuasa seperti yang berlaku baru-baru ini.

“Mereka tidak boleh duduk di sesuatu kementerian dalam tempoh lama dan untuk itu setiap pegawai tinggi yang memegang jawatan berkenaan akan dipindahkan setiap tiga tahun,” katanya.

Sementara itu, Setiausaha Kerajaan Negeri Tan Sri Datuk Amar Mohd Morshidi Abdul Ghani berkata kerajaan negeri juga akan ikut sama melaksanakan kenaikan gaji tahunan mulai 1 Julai nanti.

Hadir sama, Setiausaha Persekutuan Datuk Md Yahaya Basimin, Pengarah INTAN Datuk Dr Mazlan Yusoff, Ketua Pegawai Eksekutif Razak School of Government Dr Hamidin Abdul Hamid dan tetamu kehormat lain.

 

 



Mukah Pages sharing local news with BorneoPost Online | Borneo , Malaysia, Sarawak Daily News http://ift.tt/1PXPDmv

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.