Hi! Welcome Back and Stay Tune! Hutang RM50 bilion: Najib perlu minta maaf kepada rakyat - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Hutang RM50 bilion: Najib perlu minta maaf kepada rakyat

tuan-ibrahim-1MDBPETALING JAYA: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak perlu memohon maaf secara terbuka kepada rakyat serta berundur sebagai Menteri Kewangan kerana bertanggungjawab menyebabkan 1MDB menanggung hutang RM50 bilion.

Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibarahim Tuan Man berkata, meskipun laporan PAC tidak menunding jari kepada Najib, namun berdasarkan Artikel 117 dalam Memorandum dan Artikel Penubuhan Syarikat (M&A) 1MDB jelas menunjukkan sebarang keputusan pelaburan anak syarikat kerajaan itu memerlukan kebenaran bertulis daripada Perdana Menteri

Katanya, artikel 117 menyatakan ‘sebarang perubahan terhadap M&A syarikat, sama ada secara keseluruhan ataupun sebahagiannya perlu mendapat kebenaran Perdana Menteri.

1MDB juga perlu mendapat kebenaran Najib melibatkan sebarang pelantikan dan penamatan mana-mana pengarah (termasuk Pengarah Urusan dan Pengarah Alternatif) serta Pengurusan Tertinggi Syarikat

“Najib juga bertanggungjawab sebarang komitmen kewangan (termasuk pelaburan), penstrukturan semula atau perkara berkaitan jaminan yang dikeluarkan oleh Kerajaan Persekutuan Malaysia untuk kepentingan syarikat, kepentingan negara, keselamatan negara atau sebarang polisi Kerajaan Persekutuan Malaysia. Atas tujuan ini, penentuan maksud kepentingan negara, keselamatan negara dan polisi Kerajaan Persekutuan Malaysia hendaklah dimuktamadkan oleh Kerajaan Persekutuan Malaysia,” katanya menerusi kenyataan.

Katanya, Laporan PAC tidak lengkap kerana tidak merungkai misteri yang berlaku kepada 1MDB apabila tidak menjelaskan secara terperinci pelaburan berjumlah USD2.318 bilion melalui Bridge Global Absolute Return Fun, SPC (Bridge Global SPC).

Malah, penyaluran dana sebanyak US993 juta kepada Aabar Ltd yang 1MDB masih belum mengemukakan sebarang pengesahan bahawa ia merupakan anak syarikat kepada IPIC atau Aabar Investment PJS (Abu Dhabi).

Katanya, PAC gagal mengesan pengaliran kedua-dua pelaburan ini kerana keengganan pihak 1MDB memberikan penyata akaun bank luar negara.

Dalam masa sama, Tuan Ibrahim berkata, PAS menyokong penuh tindakan Gabenor Bank Negara, Tan Sri Zeti Akhtar Aziz untuk mengambil tindakan pentadbiran dan penguatkuasaan yang sesuai terhadap 1MDB kerana gagal mengemukakan bukti berkenaan wang sejumlah USD$1.83 bilion yang berada di luar negara agar integriti sistem kewangan terjaga.

 



Mukah Pages bring you trending news media with Free Malaysia Today http://ift.tt/1Si2Fww

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.