Hi! Welcome Back and Stay Tune! RM500,000 naik taraf Dewan Kampung Skio - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

RM500,000 naik taraf Dewan Kampung Skio

BAU: Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Adenan Satem semalam meluluskan peruntukan berjumlah RM500,000 bagi menaik taraf Dewan Kampung Skio di sini.

Pengumuman itu dibuat oleh Ketua Menteri ketika berucap pada Majlis Pemimpin Bersama Rakyat di dewan kampung berkenaan yang dihadiri kira-kira 4,000 tetamu semalam.

“Sebelum saya meneruskan ucapan saya mengenai Serembu dan Bukit Semuja saya ada setengah juta (ringgit) untuk dewan ini dan kalau tidak percaya datang ke pejabat saya esok,” katanya.

Terdahulu sebelum Adenan meluluskan peruntukan itu Ketua Kaum Kampung Skio Michael Dang Mesui berkata dewan berkenaan sering menjadi tuan rumah bagi penganjuran pelbagai program di kawasan itu.

Justeru beliau memohon agar dewan berkenaan dinaik taraf lengkap dengan kemudahan pejabat, dapur dan tandas untuk keselesaan tetamu dan pengunjung.

Pada majlis itu Michael yang mewakili rakyat di Serembu turut menggesa penduduk supaya terus memberi sokongan kepada Ketua Menteri pada Pilihan Raya Negeri (PRN) nanti.

“Ini adalah kali pertama Ketua Menteri melawat kita di Skio dan seperti yang kita sedia maklum beliau merupakan seorang yang rendah diri dan berjiwa rakyat.

“Oleh yang demikian kita harus beri sokongan kepada beliau dan berdiri teguh di belakang beliau pada PRN nanti,” ujar Michael.

Dalam pada itu semua kampung dalam kawasan Serembu telah dilimpahi pembangunan di bawah kerajaan BN.

 



Mukah Pages sharing local news with BorneoPost Online | Borneo , Malaysia, Sarawak Daily News http://ift.tt/1S6PG7h

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.