Sidang khas DUN hanya gimik politik pembangkang: Sagah
KUCHING: Gesaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Sarawak agar sesi khas persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) diadakan sebelum dibubarkan dibantah Timbalan Speaker DUN Datuk Roland Sagah Wee Inn.
Menurut Sagah, ia hanya gimik politik parti pembangkang menjelang Pilihan Raya Negeri Ke-11 (PRN11) yang akan diadakan tidak lama lagi.
“Hari ini sudah Khamis (7 April) dan masa tidak mencukupi untuk mengeluarkan notis (bagi mengadakan sesi khas tersebut).
“Selepas 11 April (DUN dibubarkan), tiada apa yang dapat dilakukan, ini hanya gimik pilihan raya mereka, tiada lain,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemu bual selepas merasmikan Kedai Coop 1Malaysia di Pejabat Koperasi Kawasan Belimbing di Siburan, dekat sini, semalam.
Naib Pengerusi PKR Sarawak See Chee How kelmarin menyarankan kepada Yang di-Pertua Negeri Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud dan Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Adenan Satem agar mengadakan sesi khas persidangan DUN sebelum ia dibubarkan.
Katanya ia bagi menentukan masa depan Sarawak yang lebih baik selepas PRN11 ini.
“Kami menuntut sesi khas ini untuk meluluskan undang-undang negeri bagi menjamin hak asasi rakyat sebelum pembubaran pada 11 April nanti,” katanya pada sidang media di ibu pejabat PKR Sarawak di sini.
Mukah Pages sharing local news with BorneoPost Online | Borneo , Malaysia, Sarawak Daily News http://ift.tt/1PXPGi9
Post a Comment