Hi! Welcome Back and Stay Tune! Pelantikan Najib dalam 1MDB kelemahan terbesar – IDEAS - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Pelantikan Najib dalam 1MDB kelemahan terbesar – IDEAS

Wan-Saiful_najib_1mdb_600

PETALING JAYA: Pelantikan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sebagai Pengerusi Lembaga Penasihat 1Malaysia Development Berhad (1MDB) merupakan ‘tindakan kurang bijak’.

Ketua Eksekutif Institut Demokrasi dan Hal Ehwal Ekonomi (IDEAS), Wan Saiful Wan Jan berkata, pelantikan Najib itu juga merupakan kelemahan terbesar 1MDB.

“Najib adalah orang bertanggungjawab memberi nasihat termasuk kepada Yang di-Pertuan Agong pun perlu akur dengan nasihatnya. Adakah mungkin untuk mana-mana Pengarah 1MDB untuk menolak nasihat yang diberikan Najib?

“Apabila struktur tadbir urus syarikat ini mengarut, maka kita tidak boleh menghentikan orang ramai daripada membuat sebarang tuduhan,” katanya dalam satu kenyataan yang mengkritik pentadbiran dan urus tadbir 1MDB.

Kata Wan Saiful lagi, pelantikan Perdana Menteri sebagai Pengerusi Lembaga Penasihat 1MDB menunjukkan wujud konsep ‘pemerintahan diktator secara bayang-bayang’.

“Kuasa dan pengaruh yang dimiliki oleh Perdana Menteri dan kapasitinya dalam 1MDB perlu disiasat untuk menentukan sama ada beliau (Najib) bertindak sebagai ‘pengarah bayangan’. Jika tidak, segala siasatan yang dijalankan tidak akan selesai,” katanya.

Dalam masa sama, Wan Saiful turut meminta kerajaan memantau tadbir urus syarikat berkaitan kerajaan (GLC) yang lain untuk mengelak seperti apa yang berlaku dalam 1MDB.

“Jika 1MDB mempunyai hutang RM50 bilion, bagaimana kita hendak tahu jika ada lagi GLC di peringkat negeri dan Persekutuan yang menanggung banyak hutang atau hutang sekadar satu peratus.

“Perlu ada kajian semula yang komprehensif di entiti korporat milik kerajaan Persekutuan dan negeri supaya kita tahu bagaimana perkara-perkara yang tidak baik sebenarnya terjadi apabila kerajaan menjalankan perniagaan,” katanya.

Semalam, Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) telah mengeluarkan laporan siasatan ke atas 1MDB dan dengan menyenaraikan beberapa kelemahan dalam pentadbiran.

Antaranya, syarikat milik penuh Kementerian Kewangan itu menanggung hutang sebanyak RM50 billion dan banyak keputusan yang dibuat tidak mematuhi peraturan syarikat.

Bagaimanapun, laporan itu tidak meletak kesalahan kepada Najib kerana Perdana Menteri Najik tidak terlibat secara langsung dengan segala kelemahan 1MDB.

Timbalan Pengerusi PAC, Tan Seng Giaw berkata, pihak pengurusan 1MDB perlu dipersalahkan di atas kelemahan dan kepincangan yang berlaku dalam syarikat itu.



Mukah Pages bring you trending news media with Free Malaysia Today http://ift.tt/1V0Y8pq

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.