Hi! Welcome Back and Stay Tune! Tiang nafi dakwaan tidak hadir pengumumam calon SUPP - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Tiang nafi dakwaan tidak hadir pengumumam calon SUPP

SIBU: Setiausaha SUPP Cawangan Pelawan Michael Tiang Boon Hwa mendakwa, beliau tidak pernah meninggalkan bangunan pejabat Ketua Menteri semasa peng-umuman senarai nama 10 orang calon parti itu kelmarin.

Katanya semasa Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Adenan Satem mengadakan sidang media khas itu beliau berada dan berehat di salah satu bilik di dalam bangunan tersebut.

“Saya sebenarnya berehat di salah satu bilik di dalam bangunan terbabit. Ini kerana saya merasakan tidak sesuai bagi saya bersama 10 calon diumum bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) yang merakam gambar sebaik sahaja sidang media itu berakhir,” katanya semasa dihubungi.

Tiang berkata demikian sebagai mengulas laporan berita online Borneo Post yang mendakwa beliau tidak hadir semasa sidang media tersebut.

Tiang yang merupakan seorang peguam mendakwa semasa sidang media tersebut kebetulan beliau berada di Kuching dan presiden parti juga ada menghubunginya untuk turut serta pada sidang media itu.

“Saya sudah tahu senarai nama 10 calon SUPP yang dipilih semalam. Namun saya tetap datang untuk memberikan sokongan,” jelasnya.

Bercakap lanjut Tiang turut melahirkan keyakinan bahawa beliau akan dipilih sebagai calon BN-SUPP bagi kerusi DUN Pelawan.

“Saya tidak akan berundur malah akan terus be-kerja keras kerana saya akan dipilih sebagai calon pada PRN Ke-11 bagi kerusi Pelawan,” katanya.

 



Mukah Pages sharing local news with BorneoPost Online | Borneo , Malaysia, Sarawak Daily News http://ift.tt/1S6PDYV

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.