Hi! Welcome Back and Stay Tune! Terhumban daripada motosikal, wanita hampir dilanggar kereta - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Terhumban daripada motosikal, wanita hampir dilanggar kereta

SIBU: Seorang wanita nyaris dilanggar sebuah kereta selepas terhumban daripada motosikal ditunggangnya hilang kawalan di Jalan Pedada pagi semalam.

Difahamkan, sebuah kereta berada di belakang terpaksa mengelak daripada melanggar mangsa sudah terjatuh di depan laluan.

Dalam kejadian pada jam 9 pagi itu, mangsa 58 dikatakan sedang dalam perjalanan menuju ke arah Pintu Gerbang Sibu.

Pihak ambulans dari Jabatan Pertahanan Awam (JPAM) tiba di tempat kejadian selepas dihubungi orang awam memberi rawatan kecemasan kepada mangsa.

Mangsa masih separuh sedar ketika dirawat didapati mengalami luka di buku lali dan gegaran otak.

Polis Unit Rondaan Motosikal juga berada di lokasi kejadian terpaksa mengawal keadaan lalu lintas yang agak perlahan disebabkan insiden tersebut.

Seorang orang awam menemui telefon bimbit mangsa dalam beg sandang mangsa bertindak menghubungi ahli keluarga mangsa.

Tidak lama kemudian, suami mangsa tiba di lokasi menemani mangsa dan kemudian dibawa ke Hospital Sibu untuk mendapat rawatan lanjut.

 



Mukah Pages sharing local news with BorneoPost Online | Borneo , Malaysia, Sarawak Daily News http://ift.tt/1S6PEfC

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.