Hi! Welcome Back and Stay Tune! Wanita maut dalam nahas dua motosikal - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Wanita maut dalam nahas dua motosikal

Wanita maut dalam nahas dua motosikal

Wanita maut dalam nahas dua motosikal

KOTA SAMARAHAN: Seorang wanita terbunuh selepas motosikal yang ditungganginya bersama suami berlanggar dengan sebuah motosikal lain di sini, malam kelmarin.

Mangsa ialah Menganie Sabni berusia 53 tahun dan berasal dari Kampung Jemukan Tengah.

Menurut sumber, semasa kejadian mangsa dan suaminya dalam perjalanan pulang dari kerja apabila berlanggar dengan sebuah motosikal lain yang juga dinaiki sepasang suami isteri sekitar jam 10 malam.

Impak pelanggaran tersebut menyebabkan keempat-empat mereka tercampak dari atas motosikal sehingga menyebabkan mangsa yang parah maut di tempat kejadian.

Difahamkan, suami mangsa hanya mengalami kecederaan ringan dan lelaki yang menunggang sebuah lagi motosikal dikhuatiri patah tulang kaki.

Suami mangsa dan penunggang serta pembonceng sebuah lagi motosikal yang mengalami kecederaan kemudian dikejarkan ke hospital berdekatan untuk mendapatkan rawatan lanjut.

Anggota polis trafik dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Samarahan juga hadir di lokasi kejadian untuk menjalankan siasatan.

 



Mukah Pages sharing local news with BorneoPost Online | Borneo , Malaysia, Sarawak Daily News http://ift.tt/1S6PEvY

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.