Hi! Welcome Back and Stay Tune! Mayat kanak-kanak dibaham buaya dijumpai - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Mayat kanak-kanak dibaham buaya dijumpai

Oleh Sandy Mark Luna//

T20319

Anggota JPAM menyerahkan mayat kanak-kanak tersebut kepada anggota Bomba yang ditemui pada kira-kira jam 9 pagi.

KOTA SAMARAHAN: Mayat seorang kanak-kanak perempuan yang dibaham buaya di Kampung Sungai Mata semalam dijumpai pada kira-kira jam 9 pagi tadi.

Erlieyseha Abdul Rahman, 2, dijumpai kira-kira 10 meter dari lokasi dia hilang ketika mandi bersama bapanya pada jam 6 petang.

Mangsa yang ditemui oleh agensi pencari dan penyelamat terdiri daripada Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) dan
Jabatan Bomba dan Penyelamat dalam keadaan cedera di belakang bahu dan di beberapa bahagian lain.

 

T20320

Anggota JPAM membawa mayat mangsa ke Kpg Sg Mata menggunakan bot selepas menemuinya kira-kira 10 meter dari lokasi dilaporkan hilang.

Semalam, mangsa dan bapanya diserang seekor buaya ketika mandi sungai di kawasan ladang sawit berhampiran rumah.

Bapanya, Abdul Rahim Maarof, 26, patah tangan ketika cuba menyelamatkan anaknya namun gagal.

Dia kemudian diselamatkan oleh penduduk kampung seterusnya dihantar ke hospital yang berdekatan.



Mukah Pages sharing local news with BorneoPost Online | Borneo , Malaysia, Sarawak Daily News http://ift.tt/1PXPHmo

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.