Hi! Welcome Back and Stay Tune! Pasangan warga emas ditemui mati di rumah - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Pasangan warga emas ditemui mati di rumah

KOTA SAMARAHAN: Sepasang suami isteri warga emas ditemui mati di rumah mereka di Kampung Mang di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah DSP Lee Chong Chern memberitahu kedua-dua mangsa ialah Junat Usai berusia 73 tahun dan isterinya Buang Paiie, 70.

Menurutnya, insiden tersebut disedari oleh penduduk kampung yang terhidu bau busuk dari rumah mangsa yang kemudian terus menghubungi pihak polis memaklumkan mengenai perkara tersebut.

“Ketua Polis Balai dan anggota Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) telah dikerahkan ke tempat kejadian dan mendapati mayat kedua-dua mangsa telah berbau dan pintu rumah juga dikunci dari dalam.

“Pemeriksaan pada mayat kedua-dua mangsa juga mendapati tiada kesan jenayah dan difahamkan kali terakhir pasangan terbabit dilihat adalah pada Isnin lepas,” katanya dalam satu kenyataan di sini semalam.

Mayat kedua-dua mangsa telah dihantar ke Hospital Umum Sarawak untuk bedah siasat.

“Kes setakat ini diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR) sementara menunggu keputusan bedah siasat,” katanya lagi.

 



Mukah Pages sharing local news with BorneoPost Online | Borneo , Malaysia, Sarawak Daily News http://ift.tt/1PXPGyS

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.