Hi! Welcome Back and Stay Tune! Siti Kasim ditahan halang penjawat awam, intimidasi jenayah - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Siti Kasim ditahan halang penjawat awam, intimidasi jenayah

siti-kasim_polis_600KUALA LUMPUR: Peguam, Siti Kasim ditahan semalam, kerana didakwa menghalang penjawat awam menjalankan tugas dan melakukan intimidasi jenayah, ketika menghadiri sebuah majlis anjuran golongan transgender, Ahad lalu.

Dia kemudiannya dibebaskan dengan jaminan polis.

Siti melalui akaun Facebooknya hari ini memaklumkan, dia ditahan ketika berada di Balai Polis Dang Wangi untuk memberi keterangan bagi laporan polis yang dibuatnya terhadap Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI), semalam.

Aktivis itu kemudiannya mempertahankan tindakannya, dengan menegaskan dia sekadar menjalankan tugas sebagai peguam untuk anak guamnya.

“Jika saya dapat menghentikan pegawai-pegawai daripada menahan ramai transgender pada malam itu daripada dimalukan dan dihukum tanpa mengikut undang-undang, saya dengan senang hati sedia didakwa atas kesalahan itu.

“Mungkin mereka ditakutkan dengan suara kuat dan rambut perang saya berserta bunga-bungaan. Orang agama boleh menjadi sangat sensitif,” tulisnya.

Tegasnya, dia tidak akan mengalah dan akan melakukan tindakan sama “beratus kali lagi”, kerana dia menentang sebarang bentuk kezaliman, khasnya yang bertopengkan agama.

Tambahnya, dia tidak takut kepada badan-badan agama, tetapi hanya takut kepada “Tuhan dan hantu”.

Siti ditahan susulan serbuan yang dilakukan JAWI ke atas sebuah majlis tertutup anjuran golongan transgender.

Ia menjadi tumpuan media, susulan sebuah rakaman video berhubung kekecohan membabitkan Siti bersama seorang individu transgender lain memarahi penguatkuasa JAWI.

Dalam keterangan video itu, Siti mendakwa, adalah jelas JAWI datang untuk mengganggu majlis kutipan amal dan mensensasikan perkara itu dengan membawa media bersama ketika melakukan serbuan.

Siti yang turut ditahan penguatkuasa JAWI ketika serbuan itu menjelaskan, ia adalah majlis kutipan amal, di mana individu transgender yang hadir turut menyertai pertunjukan seakan-akan pertandingan ratu cantik.



Mukah Pages bring you trending news media with Free Malaysia Today http://ift.tt/1Yi9xig

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.