Hi! Welcome Back and Stay Tune! Polis lumpuh kegiatan judi siber di Lawas - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Polis lumpuh kegiatan judi siber di Lawas

Oleh Mastura Ismail//

TERBONGKAR: Premis perniagaan yang dijadikan mini kasino diserbu di bandar Lawas, malam kelmarin.

TERBONGKAR: Premis perniagaan yang dijadikan mini kasino diserbu di bandar Lawas, malam kelmarin.

LAWAS: Polis berjaya melumpuhkan kegiatan perjudian dengan merampas 19 mesin judi siber dan sembilan mesin ikan bernilai RM500,000 di sebuah premis dijadikan kasino mini di bandar ini malam kelmarin.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Sarawak SAC Dev Kumar berkata operasi dijalankan sepasukan polis dari Jabatan Siasatan Jenayah Lawas diketuai ASP Raduwan Narawi di sebuah mini kasino di tingkat satu sebuah rumah kedai di bandar ini.

“Dalam sekitar jam 8.15 malam, lima individu berusia 17 hingga 50 tahun ditahan. Tiga daripadanya adalah penjaga premis manakala baki dua adalah pelanggan mini kasino itu,” katanya kepada media semalam.

Dev berkata lagi turut dirampas adalah wang tunai berjumlah RM413 dari kaunter premis dipercayai hasil daripada aktiviti perjudian selain slot mesin judi siber dan mesin judi ikan yang dipercayai mengandungi perisian judi siber.

Kes terbabit akan disiasat dibawah Seksyen 4B (a) Rumah Judi Terbuka 1953, Seksyen 5 (2) Ordinan Hiburan dan Seksyen 6 Akta (1) Rumah Judi Terbuka 1953.

Beliau turut berterima kasih dengan usaha berterusan anggota polis di bahagian ini dalam memerangi aktiviti judi siber dan mesin judi ikan daripada menular khususnya di kawasan dan daerah kecil di negeri ini.

 



Mukah Pages sharing local news with BorneoPost Online | Borneo , Malaysia, Sarawak Daily News http://ift.tt/1S6PEfI

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.