Hi! Welcome Back and Stay Tune! UPP Batu Kawah teruskan khidmat bantu masyarakat - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

UPP Batu Kawah teruskan khidmat bantu masyarakat

KUCHING: Parti Rakyat Bersatu (UPP) Cawa-ngan Batu Kawah akan meneruskan khidmat kepada masyarakat, kata Pengerusinya Liu Thian Leong.

Katanya memang ada pihak masih mempersoal usaha parti itu sedangkan Ketua Menteri mengumumkan presiden SUPP sebagai calon Barisan Nasional (BN) di Batu Kawah.

“Kami akan terus ber-khidmat kepada masya-rakat. Kami percaya dengan berbuat demikian, kami akan mencapai objektif ‘bersama rakyat, untuk rakyat dan untuk Batu Kawah,” katanya pada sidang media di sini, semalam.

Liu turut menyuarakan penghargaan kepada rakyat di Batu Kawah atas kepercayaan terhadap cawangan parti itu sejak ia ditubuhkan pada penghujung 2014.

“Saya sangat berterima kasih kepada semua yang menyokong kami. Kami akan meneruskan usaha dengan sebaik mungkin untuk berkhidmat kepada rakyat,” katanya.

Menurut Liu, UPP Cawangan Batu Kawah telah aktif menjalankan pelbagai program serta aktiviti untuk membantu masyarakat di kawasan tersebut.

“Sejak ditubuhkan, kami telah menganjurkan pelbagai aktiviti untuk membantu masyarakat, sekolah dan golongan yang me-merlukan,” katanya.

 

 



Mukah Pages sharing local news with BorneoPost Online | Borneo , Malaysia, Sarawak Daily News http://ift.tt/1S6PG73

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.