Hi! Welcome Back and Stay Tune! Pemandu Hilux nyaris maut kereta bergesel lori tiga tan - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Pemandu Hilux nyaris maut kereta bergesel lori tiga tan

Pemandu Hilux nyaris terbunuh kereta dipercayai hilang kawalan bergesel lori tiga tan.

Pemandu Hilux nyaris terbunuh kereta dipercayai hilang kawalan bergesel lori tiga tan.

MIRI: Seorang pemandu nyaris maut setelah kenderaan pacuan empat roda jenis Toyota Hilux yang dipandunya bergesel dengan sebuah lori tiga tan di Jalan Pesisir Pantai berhampiran Kampung Asap, Bekenu di sini awal pagi semalam.

Mangsa yang berusia lingkungan 30-an bernasib baik kerana hanya mengalami kecederaan ringan dalam kejadian itu dan telah dikejarkan ke Klinik Kesihatan Bekenu oleh orang awam untuk mendapatkan rawatan segera.

Terdahulu, sebelum kejadian sekitar jam 6.55 pagi itu, mangsa sedang memandu seorang diri dari arah Miri.

Setiba di lokasi, mangsa dipercayai gagal mengawal kenderaannya hingga masuk ke laluan bertentangan sebelum bergesel dengan sebuah lori tiga tan yang datang dari arah Bintulu dengan membawa muatan ayam hidup.

Akibat pergeselan itu, bahagian hadapan kenderaan mangsa remuk teruk, manakala pemandu dan kelindan lori terbabit tidak mengalami sebarang kecederaan.

Difahamkan, kejadian berlaku di sebuah kawasan selekoh dan garisan berkembar ditambah keadaan cuaca yang masih gelap dan berkabus.

Sementara itu, pasukan bomba yang bergegas ke tempat kejadian mendapati mangsa telah dikeluarkan oleh orang awam untuk dikejarkan ke Klinik Kesihatan Bekenu.

Berikutan itu, anggota terlibat hanya melakukan kerja-kerja pembersihan jalan raya dengan menggunakan pasir pada tumpahan minyak di kawasan kemalangan.

 



Mukah Pages sharing local news with BorneoPost Online | Borneo , Malaysia, Sarawak Daily News http://ift.tt/1PXPEXE

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.