Jangan Berani Memiliki Kereta Kalau Tak Tahu 31 Perkara Penting Ini Terutamanya No 23
Berapa ramai di antara kita yang hanya tahu membeli kereta namun tidak mahir memahami atau menguasai ilmu asas mengenai kereta sendiri? Seringkali kita lihat, bila berlakunya insiden seperti tayar pecah atau pancit, mangsa tidak tahu menukar tayar kereta sendiri. Malah ada juga golongan lelaki yang tidak pandai menukar tayar kereta sendiri.
Bagaimanapun jika berlaku beberapa masalah yang lain? Langkah-langkah menjaga kenderaan dengan baik, tahukah kita semua? Baca 31 tips dari lelaki ini, moga memberi manfaat kepada anda semua.
Oleh Apengg Impian
Jangan berani memiliki kereta sendiri kalau tidak tahu perkara-perkara penting ini. Kalau ada yang tertinggal, tolong tambahkan agar kita semua dapat berkongsi ilmu sesama kita semua.
- Minyak hitam – Mengikut paras had dan jenis minyak
- Oil filter – Tukar semasa menukar minyak hitam
- Spark plug – Tukar setiap 30,000 kilometer
- Bateri – Tambah air setiap kali servis
- Belting – Tukar setiap 80,000 kilometer. Tak perlu tukar water pump jika tiada masalah bearing kasar atau bocor. Jimat duit, jimat belanja. Kita kan orang susah
- Clutch plate – Mengikut keadaan
- Fuel filter – Tukar setiap 30,000 kilometer
- Air filter – Tukar setiap 30,000 kilometer
- Gear oil – Tukar setiap 20,000 kilometer
- Brake fluid – Mengikut keadaan
- Brake pad – Mengikut keadaan
- Power steering fluid
- Radiotr coolant – Tukar setiap 40,000 kilometer
- Wiper – Tukar setiap 30,000 kilometer
- Air conditioner – Servis filter dan suis dibuka 1/2
- Tyre – Pam pada setiap bulan
- Radio – Memastikan ditutup pada setiap enjin dimatikan
- Radiator – Pastikan dibersih menggunakan air paip
- Fan radiator + aircond – Pastikan kipas hidup bila temp 1/2
- Lamp bulb – Periksa lampu setiap hujung minggu
- Steering alignment – servis setiap 20,000 kilometer
- Power window – Check setiap suis power window
- Beli kereta mahal-mahal kalau membelok tak reti bagi signal, sila pergi meninggal
- Angin spare tyre dan spanar buka tayar serta jack pastikan sentiasa ada
- Kalau park kereta di tengah panas, pastikan lubang angin aircond itu menggunakan udara luar agar haba panas dalam kereta mudah bebas
- Untuk kereta-kereta injection, pastikan minyak petrol sentiasa cukup. Jangan sampai lampu warning sudah menyala baru nak topup minyak. Fuel pump mudah rosak jika diamalkan begitu
- Sentiasa rajin check fan belt dan pastikannya berada dalam keadaan baik
- Untuk pengguna kereta auto, pastikan enjin panas terlebih dahulu baru mulakan perjalanan. Bergerak waktu enjin sejuk punca utama gearbox auto mudah rosak
- Jangan main tambah minyak hitam jika enjin sudah mempunyai penyakit makan minyak hitam
- Untuk enjin jenis yang guna kaburator, pastikan pump padel minyak sekali sahaja sebelum enjin dihidupkan agar senang hidup. Jenis enjin yang menggunakan kaburator memang susah sikit nak hidupkan enjin. Nak senang hidupkan enjin, pump padel minyak sekali sahaja sebelum hidupkan enjin. Kebaikannya, starter motor tahan lama. Enjin yang susah hiduplah punca starter cepat rosak
- Mencegah lebih baik dari merawat. Setiap kali masuk bengkel untuk servis, minta tolong abang-abang pomen periksa kereta anda dari A to Z agar anda mudah tahu kalau ada masalah lain yang timbul atau perlu ditukar.
Sumber : Siakapkeli
P/S Kami muatkan beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. Jangan lupa untuk Like & Share! 😍 💕
v>v>
Post a Comment