10 Fakta ‘Pelik Tapi Benar’ Mengenai Korea Utara
Dalam banyak-banyak negara yang sering menjadi impian untuk dikunjungi, hampir pasti dalam senarai itu tiada negara yang bernama Korea Utara.
Mengapa agaknya?
Dikenali sebagai negara yang mengamalkan pemerintahan diktator, kita lihat 10 fakta luar biasa mengenai negara itu.
1. Penggunaan ganja dihalalkan
Siapa sangka meskipun mengamalkan pemerintahan kuku besi, mereka menghalalkan penggunaan ganja (sama seperti beberapa negeri di Amerika Syarikat yang merupakan musuh utama mereka!)
2. Tiada unsur demokrasi
Pilihanraya tetap dijalankan seperti negara lain namun perbezaan paling ketara ialah mereka hanya keluar mengundi satu calon sahaja.
3. Stadium terbesar dunia
Meskipun dianggap tersisih daripada hubungan luar, namun Stadium Rungnado May Day merupakan stadium terbesar di dunia dengan berkapasiti 150,000 tempat duduk.
4. Akordian merupakan alat muzik utama
Mungkin tidak ramai yang mengetahui apakah alat muzik ini sebenarnya? Ia merupakan gabungan piano yang menggunakan tekanan angin bagi mengeluarkan bunyi.
Pada era 90-an semua tenaga pengajar ddiwajibkan untuk mempelajari instrumen ini.
Percaya atau tidak, kebanyakkan daripada rakyat Korea Utara merupakan akordionis.
5. Tiada istilah kebebasan beragama
Korea Utara langsung tidak menyokong kebebasan beragama meskipun dalam perlembagaan negara itu ada menyatakan perkara tersebut.
6. Filem Godzilla versi Korea Utara
Kerana terlalu meminati filem Godzilla, pemerintah utama, Kim Jong-il dikatakan telah menculik pengarah filem Korea Selatan, Shin Sang-ok bersama isterinya pada tahun 1978 dan memaksa Sang-ok menghasilkan Pulgasari (sebuah filem Godzilla versi Korea Utara). Filem itu turut mempromosikan propaganda Jong-il.
7. Kim Jong-il peminat minuman brandi
Dilaporkan pemimpin besar negara itu mengimport USD763,000 (RM3.2 juta) cognac setahun sekaligus membuktikan dia meminati brandi.
8. Celik huruf
Meskipun dianggap sebagai negara yang tertutup, namun kadar celik huruf Korea Utara dilaporkan setaraf dengan negara besar seperti Amerika Syarikat!
9. Murid perlu membayar untuk setiap kemudahan di sekolah
Dilaporkan, setiap murid dikenakan pembayaran sekiranya mahu menggunakan kemudahan seperti meja dan kerusi.
10. Separuh populasi hidup dalam kemiskinan terlampau
Separuh daripada 24 juta rakyat Korea Utara dikatakan hidup dalam taraf kemiskinan terlampau. Bermakna, kebanyakkan daripada rakyat Korea Utara tidak memiliki kemudahan asas seperti air dan elektrik. Pada masa sama, Pyongyang merupakan negeri yang hanya didiami oleh golongan kaya.
Sumber: Majalah Eh
Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2ojSHoj✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!
Post a Comment