Hi! Welcome Back and Stay Tune! Pas Tetap Mahu Bentang Pindaan RUU 355 Di Parlimen - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Pas Tetap Mahu Bentang Pindaan RUU 355 Di Parlimen

KUALA LUMPUR: Pas akan tetap berusaha membentangkan Pindaan Rang Undang-Undang (RUU) Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) atau Akta 355 di Parlimen, ujar Ketua Dewan Muslimat Pas, Siti Zailah Muhd Yusof.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Rantau Panjang pada masa sama mengingatkan semua ahli Parlimen beragama Islam agar takut kepada Allah jika ia tidak berjaya dibentangkan di Dewan Rakyat.

“Saya seru kepada ahli Parlimen Islam, inilah masanya kita memberi sokongan kepada RUU 355 kerana kita sebagai orang Islam yang mengucap dua kalimah syahadah dan berjanji setiap kali sembahyang, dan kita baca yasin.

“Saya beri peringatan pada ahli Parlimen yang Islam, takutlah kepada Allah. Kita akan berdepan dengan Allah di akhirat, apa Perdana Menteri akan jawab atau menteri atau ahli Parlimen atau Speaker (akan jawab) sekiranya rang undang-undang ditolak. Apa nak jawab di hadapan Allah?,” katanya dalam sidang media di bilik media di bangunan Parlimen di sini hari ini.

Tambahnya, Pas akan konsisten dengan usaha membentangkan pindaan RUU 355 dibawa Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang secara rang undang-undang persendirian.

“Apa yang dibentang sekarang ini pun dalam bentuk private bill (rang undang-undang persendirian) bukan kerajaan. Jadi tidak ada isu mengejutkan atau perkara pelik sebab kami konsisten sebab asalnya dibentang dalam bentuk private bill. Jadi kita Pas akan terus sokong,” tegas beliau.

Jelasnya lagi, Islam sebagai agama rasmi negara dan RUU 355 perlu dipinda adalah untuk orang Islam.

“(Sudah) 32 tahun rang undang-undang ini tidak dipinda. Sebagaimana yang kita semua tahu setiap hari di Dewan Rakyat, banyak pindaan terhadap rang undang-undang. Kita tak kesah apa yang penting kepentingan rakyat,” katanya lagi.

Kerajaan Barisan Nasional semalam membuat keputusan tidak akan membentangkan Pindaan RUU 355 di Parlimen.

Keputusan itu diumum Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak selepas mempengerusikan Mesyuarat Dewan Tertinggi Barisan Nasional di Menara Dato Onn, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).

Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2oaTiey

✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli


(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.