Hi! Welcome Back and Stay Tune! Najib Tiba Di Chennai, Mulakan Lawatan Rasmi Ke India - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Najib Tiba Di Chennai, Mulakan Lawatan Rasmi Ke India

CHENNAI: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak tiba di sini Khamis untuk memulakan lawatan rasmi enam hari ke India yang juga akan membawa beliau ke New Delhi dan Jaipur.

Pesawat khas yang membawa Perdana Menteri dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Chennai pada kira-kira 1.50 tengah hari waktu tempatan (4.25 petang waktu Malaysia).

Ketibaan mereka disambut Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke India Datuk Hidayat Abdul Hamid, Konsul Jeneral Malaysia di Chennai, Ahmad Fajarazam Abdul Jalil dan Ketua Setiausaha Protokol Awam India, Shiv Das Meena.

Perdana Menteri dan isteri kemudiannya disambut di ITC Grand Chola Hotel di pusat bandar Chennai, oleh Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa, Duta Khas Malaysia bagi Infrastruktur ke India dan Asia Selatan Datuk Seri S.Samy Vellu, Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr S.Subramaniam, Timbalan Menteri Belia dan Sukan Datuk M.Saravanan, Timbalan Menteri Pendidikan Datuk P.Kamalanathan, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Senator Datuk Seri SK Devamany dan Ketua Setiausaha Kementerian Luar Datuk Ramlan Ibrahim.

Lawatan rasmi Najib ke India dari 30 Mac hingga 4 April itu adalah atas undangan Perdana Menteri India Narendra Modi. Lawatan itu, yang bertujuan untuk memperkukuhkan lagi hubungan dua hala di antara kedua-dua negara juga signifikan kerana ia merupakan ulang tahun ke-60 terjalinnya hubungan diplomatik Malaysia-India tahun ini.

Ini merupakan lawatan ketiga Perdana Menteri ke India sejak memegang jawatan Perdana Menteri pada 2009.

Untuk memulakan lawatan dua hari di Chennai, Najib dijadual bertemu pemangku Gabenor Tamil Nadu, Vidyasagar Rao dan Ketua Menteri Tamil Nadu yang baharu, Edappadi Palaniswami, lewat hari ini.

Pertemuan itu akan diikuti dengan majlis makan malam yang dihoskan Rao bagi meraikan Najib dan Rosmah, di Residensi Gabenor di sini.

Pada Jumaat (31 Mac), Najib yang juga Menteri Kewangan akan menghadiri mesyuarat perniagaan anjuran Gabungan Dewan Perniagaan dan Perindustrian India Malaysia (MAICCI) diikuti sesi pertemuan dengan masyarakat Malaysia dan juga pelajar.

Najib juga dijadual menunaikan solat Jumaat di Masjid Anjuman sebelum mengakhiri lawatannya di sini.

Perdana menteri akan terbang ke New Delhi, ibu negara India, pada Jumaat dan sebaik tiba, beliau akan diberi sambutan rasmi di Istana Presiden.

Jadual ketat menanti Perdana Menteri di New Delhi di mana beliau akan melakukan kunjungan hormat ke atas Presiden India, Shri Pranab Mukherjee, diikuti mesyuarat tertutup dengan rakan sejawatan India dan mesyuarat dua hala anggota kanan delegasi kedua-dua negara.

Isu-isu yang dijangka dibincangkan semasa mesyuarat dua hala termasuk perdagangan dan pelaburan, projek-projek infrastruktur, kerjasama pertahanan, perjanjian perkhidmatan udara, pelancongan dan hubungan budaya serta isu-isu kepentingan bersama mengenai kerjasama serantau dan antarabangsa.

Najib dalam blog beliau, najibrazak.com malam tadi, berharap untuk meneroka peluang-peluang baharu di India semasa lawatan ini bagi terus memperkukuh hubungan dua hala di antara kedua-dua negara.

Selain mesyuarat dua hala, Najib juga akan mengadakan dialog dengan pemimpin dan peneraju industri daripada sektor-sektor perniagaan utama di India.

Perdana menteri juga dijangka menghadiri majlis makan tengah hari perniagaan dan Mesyuarat Majlis Penasihat Sains dan Inovasi Global (GSIAC) di New Delhi.

Najib juga dijadual melawat Jaipur bagi menghadiri perbincangan peringkat tertinggi mengenai kemajuan syarikat-syarikat Malaysia dalam projek infrastruktur di bandar itu yang terkenal dengan jolokan ‘Pink City of India’.

— BERNAMA

Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2nySkGu

✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli


(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.