Hi! Welcome Back and Stay Tune! Hasrat Lawat Ibu Tak Sampai - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Hasrat Lawat Ibu Tak Sampai

Hasrat Lawat Ibu Tak Sampai|MERAPOH – Hasrat seorang wanita untuk melawat ibunya yang sakit di Hospital Kuala Krai tidak kesampaian apabila dia maut dalam kejadian kemalangan kira-kira jam 1.30 petang tadi.

Ketua Polis Lipis, Superintendan Azry Akmar Ayob berkata, kejadian yang berlaku di kilometer 88 Jalan Lipis-Merapoh berhampiran Kampung Berembang di sini berlaku apabila mangsa Hazli Suzana Che Mat, 31, dalam perjalanan dari Kuala Lumpur menghala ke Kelantan.

Menurutnya, sampai di tempat kejadian, mangsa yang memandu kereta Proton Persona bersendirian dipercayai terbabas dan memasuki laluan bertentangan.

“Dalam masa yang sama sebuah bas dua tingkat dipandu oleh Mohd Ashraf Rozmi, 25, yang membawa tujuh penumpang dari arah Kota Bharu menghala ke Kuala Lumpur tidak dapat mengelak dan melanggar tepat pada bahagian kiri kereta mangsa.

“Mangsa telah dibawa keluar oleh orang awam dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di bahagian kepala,”katanya di sini, hari ini.

Azry berkata, pemandu serta kesemua penumpang bas terbabit tidak mengalami sebarang kecederaan dan kesemua mereka telah dipindahkan ke bas yang lain untuk meneruskan perjalanan.

Menurutnya, mayat mangsa telah dibawa ke Hospital Kuala Lipis untuk bedah siasat sebelum dituntut ahli keluarga bagi urusan pengebumian.

“Berdasarkan siasatan keadaan cuaca cerah, jalan berturap tar, bentuk jalan dua hala dengan garisan tengah berkembar dan ‘point of impact’ serta pecahan aksesori kenderaan berada di tengah-tengah laluan bas.

“Punca kemalangan dipercayai disebabkan kecuaian apabila kereta dipandu mangsa terbabas sebelum memasuki aliran bertentangan dan bertembung dengan sebuah bas,” katanya.

The post Hasrat Lawat Ibu Tak Sampai appeared first on Eberita.org.

Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2nzCco2

✍ Sumber Pautan : ☕ Eberita.org


(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.