Hi! Welcome Back and Stay Tune! Honda Malaysia Capai 100,000 Unit Jualan Tahun Kewangan Semasa Bagi April 2016-Mac 2017 – BR-V Kini Kenderaan MPV/utiliti No.1 Di Negara Ini - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Honda Malaysia Capai 100,000 Unit Jualan Tahun Kewangan Semasa Bagi April 2016-Mac 2017 – BR-V Kini Kenderaan MPV/utiliti No.1 Di Negara Ini

Dalam majlis meraikan pengeluaran yang ke-600,000 unit di kilang Pegoh, Melaka, Honda Malaysia turut mengumumkan kejayaan mereka mencatatkan jualan sebanyak 100,000 unit bagi tahun kewangan semasa (1 April 2016 hingga 31 March 2017) biar pun berhadapan dengan situasi cukup mencabar pada tahun lalu.

Jumlah ini hanya boleh didedahkan apabila Mac berakhir (esok), dan jumlah tiga bulan pertama bagi 2017 yang memberangsangkan telah ditambah dengan tahun kewangan 2016 sahaja telah mencatatkan jualan sehingga 91,533 unit.

Sementara itu, Honda BR-V baharu, yang diperkenalkan di pasaran Malaysia pada Januari lalu, begitu meledak. Bagi bulan pertama kehadirannya di sini, ia telah mencatatkan tempahan sebanyak 4,000 unit, manakala pada Februari berakhir, ia mencecah 7,000 unit.

Awal bulan ini, tempahannya dilaporkan telah mencecah 8,500 unit. Hari ini, Honda Malaysia mendedahkan, model tujuh-tempat duduk yang menawarkan fungsi umpama MPV dan penggayaan seperti SUV telah mencapai hampir 10,000 unit tempahan dan lebih 5,200 unit telah didaftar sejak ia dilancarkan.

Jumlah tersebut membuatkan BR-V menjadi kenderaan yang paling laris di negara ini bagi segmen kenderaan MPV/utiliti. Malah dalam majlis yang berlangsung pagi tadi, Noriaki Abe, Ketua Pegawai Operasi (COO) Honda Motor bagi operasi serantau dan presiden/CEO Asian Honda Motor, telah mendedahkan BR-V kini telah menduduki tempat pertama bagi segmen tersebut pada Februari 2017, sekaligus menewaskan Perodua Alza. Walau bagaimana pun, tiada butiran angka rasmi diberikan.

Honda Malaysia turut mendedahkan jumlah terkini tempahan bagi model City facelift yang dilancarkan pada 2 Mac lalu. Bagi 10 hari pertama ia berada di pasaran, jumlahnya telah mencapai 2,000 unit tempahan, dan hari ini, ia dilaporkan telah meningkat sebanyak 3,000 unit, iaitu lebih 50% daripada sasaran bulanan.

Abe turut memuji Honda Malaysia yang menduduki tempat pertama dalam segmen kenderaan bukan-nasional dan nombor dua dalam senarai TIV keseluruhan, malah turut mengumumkan bahawa syarikat ini turut berkongsi prestasi bahagian pasaran dari perspektif global.

Bagi dua bulan pertama tahun 2017, Honda Malaysia telah disenaraikan dalam semua operasi automobil Honda global kerana mempunyai pasaran tertinggi. Ia merangkumi 19.2% perkongsian pasaran dalam negara pada Januari, dan 18.1% pada Februari. Tahun lalu, ia menduduki tempat kedua dalam rangkaian operasi automobil dunia dalam kedudukan perkongsian pasaran jenama tersebut.

Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2nPet5i

✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli


(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.