Hi! Welcome Back and Stay Tune! Rockanova: Alif Satar, Sherry bergandingan - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Rockanova: Alif Satar, Sherry bergandingan

KEHANGATAN program realiti Rockanova semakin terasa selepas 10 peserta dan pengacara program yang julung kali diadakan itu diumumkan.

Pengacara rancangan ini adalah gandingan mantap penyanyi, pelakon dan hos popular, Alif Satar dan pelawak terkenal Sherry Alhadad sementara Adriana Adnan menggalas tanggungjawab sebagai Pengacara Diari.

Sepuluh peserta yang berjaya diserap masuk untuk musim pertama ini terdiri daripada lima lelaki iaitu PIJOE; (Hafizul Andie Zulkarnain, 27, Sabah), ERMAN; (Ermansah Endal, 32, Sabah), JR; (Gajir Junior, 27, Sabah), OZIL; (Mohd Fadzil Ayong, 30, Sabah) dan EME; (Eme Termizie, 31, Sarawak).

Manakala lima orang lagi ialah peserta perempuan iaitu MEL; (Malisa Janudin, 33, Johor), DAYAH; (Nurhidayah Yahya, 25, Kuala Lumpur), ZARITH; (Zarith Sofia Mohd Yasin, 24, Johor), DIAN; (Sri Diana Amir Bashah, 36, Pulau Pinang) dan YAN (Noor Aziyan Saiddudin, 32, Perak).

Mengulas mengenai pemilihan peserta, Ketua Saluran Melayu Astro, Raqim Ahmad berkata, pihak produksi menjalankan sesi penyaringan yang cukup telus dan teliti.

“Tunjang utama pemilihan adalah kemampuan melontarkan vokal dengan baik yang menjadi senjata utama bagi setiap peserta.

“Selain itu, mereka memiliki keunikan identiti, karakter dan aura ‘rockers’ yang turut menjadi teras utama dipilih pihak produksi,” katanya.

Rangkaian program Rockanova bakal bersiaran secara eksklusif menerusi saluran Astro Prima (105).

’Konsert Rockanova’  bersiaran secara langsung selama lapan minggu dari Pusat Konvensyen CIDB, Jalan Cheras setiap Rabu, jam 9.30 malam mulai 29 Mac secara serentak di saluran Astro Prima dan Maya HD (135).

Rutin peserta dapat ditonton melalui liputan diari harian ’Rock On’ setiap Isnin dan Selasa, jam 9 malam.

Rockanova ialah sebuah program pencarian bakat berkonsepkan pertandingan nyanyian untuk mencari generasi pelapis muzik aliran rock.

Rockanova menampilkan ikon muzik rock terkenal, Datuk Awie dan komposer popular tanah air, Edry Abdul Halim sebagai juri tetap bersama  seorang lagi juri jemputan.

Turut diperkenalkan dua tenaga pengajar iaitu Datuk Hattan sebagai Sifu Rock merangkap Guru Persembahan dan Sarah Ismail sebagai Guru Vokal.

Sistem pemarkahan adalah 70% oleh pihak juri dan 30% undian SMS. Peserta yang mendapat markah paling rendah akan tersingkir.

Talian untuk menghantarkan undian akan mula dibuka bermula 29 Mac, jam 9.30 malam.

Juara Rockanova bakal membawa pulang wang tunai berjumlah RM 80,000.00 beserta trofi. Naib juara pula akan memenangi wang tunai RM 40,000.00 berserta trofi. Pemenang tempat ketiga bakal membawa pulang wang tunai RM 20,000.00 berserta trofi. Manakala pemenang tempat keempat pula akan memenangi wang tunai RM 10,000.00 berserta trofi.

The post Rockanova: Alif Satar, Sherry bergandingan appeared first on Berita Viral.

Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2ocrTsY

✍ Sumber Pautan : ☕ Berita Viral


(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.