Bandar Sukan KL Siap 88 Peratus
AZMAN Fahmi (tiga, kanan) bersama S Nalgunalingam (dua, kanan) memberi penerangan kepada sebahagian wakil media ketika sesi lawatan ke Kompleks Sukan Bukit Jalil hari ini menjelang Temasya Sukan SEA ke-29.- Foto BERNAMA
KUALA LUMPUR: Malaysian Resources Corporation Berhad (MRCB) mengumumkan Fasa 1 projek Bandar Sukan Kuala Lumpur (KL Sports City), yang memberi fokus terhadap kerja menaik taraf infrastruktur sukan di Kompleks Sukan Bukit Jalil kini sudah siap 88 peratus.
Projek itu siap lapan peratus lebih awal daripada sasaran yang ditetapkan, sebelum diserahkan kepada Perbadanan Stadium Malaysia (PSM) menjelang Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 (KL2017) pada Julai ini.
Fasa 1 KL Sports City membabitkan Stadium Nasional Bukit Jalil, Axiata Arena (Stadium Putra), Pusat Akuatik Nasional, Stadium Hoki Nasional selain pelbagai lagi plaza dan infrastruktur.
Pengurus Besar MRCB, S Nalgunalingam berkata, proses pembangunan yang positif untuk projek KL Sports City itu mendahului jadual awal sekali gus menunjukkan kemampuan MRCB mengurus dan menyiapkan projek mengikut kepentingan nasional.
“Kami yakin kemudahan itu akan dapat diserahkan lebih awal dan membolehkan ujian serta proses pemberian sijil antarabangsa dapat dilakukan.
“Ini dapat memastikan semua kemudahan mengikut standard tempatan dan antarabangsa,” katanya.
Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif PSM, Azman Fahmi Osman pula optimis dengan kemampuan MRCB menyiapkan projek KL Sports City mengikut jadual.
“Dengan proses pembinaan berjalan lancar kami yakin MRCB akan menyerahkan kemudahan itu lebih awal daripada jadual.
“Apabila disiapkan, KL Sports City akan menjadi kompleks sukan nasional bertaraf dunia dengan kemudahan terbaik,” katanya.
Pada Oktober 2015, MRCB dipilih menerusi anak syarikatnya Rukun Juang Sdn Bhd oleh Kerajaan Persekutuan untuk projek pembinaan KL Sports City.
Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2mSIBNW✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!
Post a Comment