Domino’s Pizza Memulakan Penghantaran Pizza Menggunakan Robot Di Eropah
Jika Pizza Hut memperkenalkan kasut yang membolehkan orang memesan sekotak pizza, Domino’s Pizza pula kini menggunakan dron beroda untuk menghantar pizza-pizza mereka ke rumah pelanggan.
Tidak ramai yang mengetahui ini, tetapi Domino’s Pizza mempunyai bahagian robotik mereka tersendiri yang dipanggil Domino’s Robotics Unit. Jabatan ini bertanggungjawab untuk penyelidikan dan pembangunan robotik untuk Domino’s Pizza, dan projek penghantaran pizza melalui dron beroda ini merupakan hasil tangan terbaru mereka.
Domino’s Pizza bekerjasama dengan Starship Technologies untuk projek ini, dan walaupun syarikat pizza tersebut masih berhasrat untuk membina robot penghantaran mereka sendiri, projek rintis ini yang sedang dijalankan di kedai-kedai terpilih di Jerman dan Netherlands bertujuan untuk mempercepatkan pembangunan teknologi penghantaran mereka sendiri.
Robot Starship Technologies ini menggunakan bateri, dan ia boleh khas digunakan diatas kaki lima. Ia mempunyai ruangan simpanan yang mampu menampung barangan seberat 9kg, yang menurut Domino’s termasuk 8 pizza beraneka saiz, minuman, makanan sampingan dan juga pencuci mulut.
Ruangan simpanan tersebut dikunci sepanjang perjalanan, dan pelanggan boleh membukanya dengan memasukkan kod nombor yang akan dihantar kepada telefon pelanggan tersebut.
Alangkah menariknya jika projek robotik ini boleh dijalankan di kawasan-kawasan tertentu di Kuala Lumpur, tetapi ini mungkin bukan satu idea yang bernas buat masa sekarang kerana kami khuatir robot tersebut akan dicuri dan dijadikan bahan jualan alat ganti.
Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2oku6Qk✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!
Post a Comment