Drake Sakit Perut Gara-gara Makan Sushi
Penyanyi Drake terpaksa membatalkan konsert disaat akhir selepas mengalami sakit perut akibat memakan sushi.
Pada 27 Mac lalu, Drake sepatutnya mengadakan konsert di Amsterdam namun penyanyi berusia 30 tahun itu tidak muncul di pentas sehinggalah peminat dimaklumkan dia tidak akan membuat persembahan kerana mengalami sakit perut akibat keracunan makanan.
Penganjur memberitahu peminat, Drake tidak dapat membuat persembahan atas nasihat doktor.
Sebaik saja mendegar pengumuman tersebut, peminat meluahkan rasa kecewa kerana tahu bahwa konset tersebut tidak mungkin akan diadakan lagi pada hari lain. Justeru segelintir pihak bertindak membaling barang ke arah pentas sebagai tanda protes mereka.
Ini bukan kali pertama konsert Drake di Amsterdam dibatalkan. Terdahulu, konsertnya yang sepatutnya berlangsung pada Januari lalu telah ditangguhkan.
Memetik laporan TMZ, Drake mengalami sakit perut selepas memakan sushi dan keadaannya ketika itu tidak membolehkan dia tampil membuat persembahan.
The post Drake Sakit Perut Gara-gara Makan Sushi appeared first on Berita Viral.
Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2oB4j5N✍ Sumber Pautan : ☕ Berita Viral
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!
Post a Comment