Wei Feng Sasar Suku Akhir Terbuka Malaysia
KUALA LUMPUR 28 MAY 2016. Gambar fail, aksi pemain Kedah, Chong Wei Feng ketika bertanding dalam perlawanan peseorangan lelaki Kejohanan Badminton Sirkit Kebangsaan Pertama di Stadium Juara Bukit Kiara pada 28 Mei tahun lalu. – Foto NSTP/Osman Adnan
SHAH ALAM: Pemain perseorangan profesional, Chong Wei Feng meletakkan sasaran mara sekurang-kurangnya ke suku akhir pada saingan Terbuka Malaysia yang berlangsung di Kuching, Sarawak bermula Selasa ini.
Bekas pemain Persatuan Badminton Malaysia (BAM) itu mendapat tonik terbaik menjelang kejohanan di Kuching itu selepas memperbaharui kontrak penajaan bersama syarikat peralatan sukan, Protech, hari ini.
“Suku akhir adalah sasaran yang realistik untuk saya memandangkan ini adalah kejohanan bertaraf Siri Super Premier.
“Pencapaian terbaik saya di Terbuka Malaysia sebelum ini adalah suku akhir jadi sekurang-kurangnya saya mahu mengulanginya. Saya memang mahu menghasilkan keputusan yang positif bagi membalas kembali kepercayaan yang diberikan penaja termasuk Protech.
“Sejak meninggalkan BAM tahun lalu, tekanan itu semakin kurang kerana saya berjuang untuk diri sendiri,” katanya selepas majlis menandatangani penajaan bersama Protech di sini, hari ini.
Yang turut hadir, Pengarah Urusan Protech, Datuk Ronnie Chong. Pada majlis itu, Protech turut menaja pemain beregu profesional Malaysia, Teo Kok Siang dan empat pemain dari Hong Kong, Lee Chun Hei, Chau Hoi Wah, Chen Tze Kit dan Mak Hee Chun.
Wei Feng akan membuka tirai saingan Terbuka Malaysia melawan pemain Korea Selatan, Lee Dong Keun pada aksi pusingan kelayakan.
Sejak meninggalkan BAM, Wei Feng menghasilkan beberapa keputusan positif termasuk mara ke suku akhir Terbuka Hong Kong dan naib juara Terbuka Vietnam tahun lalu.
Ditanya sama ada dia mahu mempertahankan pingat emas Sukan SEA acara perseorangan lelaki yang dimenanginya dua tahun lalu di Singapura menjelang temasya dwitahunan itu di Kuala Lumpur Ogos depan, Wei Feng:
“Jika BAM panggil saya untuk bermain, saya sudah bersedia.
“Saya memang sentiasa bersedia untuk bermain jika khidmat diperlukan dan terpulang kepada BAM. Jika tidak dipanggil pun saya tidak kisah,” katanya.
Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2okOZKT✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!
Post a Comment